Connect with us

Oh! Media

Alicafe Minuman Untuk Lelaki Yang Bertahan, Bukan Yang Gagah Sekejap Je!

Ohmedia alicafe Om

Branded

Alicafe Minuman Untuk Lelaki Yang Bertahan, Bukan Yang Gagah Sekejap Je!

Lelaki sejati ni mereka tak perlu banyak cakap, hanya tunjuk melalui tindakan. Setiap hari, mereka mesti berikan sepenuhnya, untuk semua perkara yang perlukan perhatian, tenaga dan bimbingan mereka.

Yang pastinya untuk terus bertahan dari pagi sampai malam, lelaki perlukan tenaga yang bukan biasa-biasa. Bila fizikal dan mental sentiasa bersedia, barulah mereka berada di tahap terbaik!

Tapi mana nak cari tenaga EXTRA ni?

Alicafe kan ada!

Kalau korang nak tau, Alicafe kini kembali, lebih KAW, lebih kuat, lebih legendary dari dulu. Dan kini, bersama ikon lelaki sejati negara, Datuk Remy Ishak sebagai wajah baru Alicafe, jenama kopi yang dah lama terbukti jadi pilihan lelaki yang buat lebih daripada sekadar “hidup”.

Kita semua tahu Remy Ishak ni tak main-main. Tengok je gaya hidup dia dari seorang pelakon, suami, ayah lengkaplah pakej lelaki Melayu terakhir katanya.

Sampai sekarang Datuk Remy masih boleh jalan lurus, steady, tenang dengan aura maskulin yang membuatkan beliau terus bertahan dan kekal relevan dalam industri.

Kalau korang rasa korang ada ciri-ciri macam tu, atau nak upgrade jadi macam Datuk Remy, jawapannya senang je: minum Alicafe.

Tenaga Legenda Untuk Hari Yang Tak Ada Rehat

Baru-baru ni Alicafe telah melancarkan kempen, “Kuasa Kau, KAW”, ia bukan sekadar tagline tapi sebaliknhya merupakan seruan untuk semua lelaki yang tak berhenti berusaha, walau penat, walau rasa dunia macam nak menimpa diri.

Kenapa Alicafe?

Sebabnya dalam setiap pek Alicafe, ia dipadatkan dengan tiga bahan Tenaga Legenda(™):

  • Kopi Semulajadi gabungan kopi Arabica & Robusta untuk permulaan yang bertenaga
  • Ekstrak Tongkat Ali tempatan bantu bekal stamina dan kekal aktif setiap masa
  • Ekstrak Ginseng untuk fokus mental dan keseimbangan minda.

Jangan main-main, ini bukan kopi biasa. Ini kopi Tenaga Legenda™, resepi yang dah bertahan lebih 20 tahun, terbukti berkesan untuk lelaki yang buat lebih daripada cukup.

TV Komersial Yang Lain Dari Yang Lain

Kemunculan semula Alicafe kali ni nampaknya bukan biasa-biasa, dengan ikon Lelaki Malaya Datuk Remy Ishak, Alicafe kali ni serius nak tunjuk betapa KAW-nya tenaga yang lelaki perlukan.

Laju, kuat, dan tak senang ‘patah’ bila di uji. Layan dulu iklan Alicafe, Datuk Remy bukan sekadar pelakon, beliau kini jadi simbol kepada setiap lelaki yang bangun pagi dan fight untuk apa yang dia nak.

Sama ada korang tengah cari rezeki, jaga keluarga, atau kejar impian, Alicafe ada untuk boost semula kuasa dalaman. Hidup sekarang memang padat, tapi dengan tenaga yang cukup, semuanya boleh jadi macam…biasa je.

@alicafemalaysia

Korang mesti dah boleh agak kan?.. Memang betul, sah! @Remy Ishak jadi duta baru iklan Alicafe kita! 🎬 Tapi chill dulu, sebelum kita release full video komersial, jom layan sneak peek ni tengok macam mana vibe aksi padu Remy, siap Remy share macam mana feel dia kat set. Serius, korang jangan tak tengok video penuh nanti. Memang bold, memang power… memang Kuasa Kau, Kaw 💥💪🏼☕ #KuasaKauKaw #RemyIshak #Alicafe #TenagaLegenda #BTS #FYP

♬ original sound – Alicafe Malaysia – Alicafe Malaysia

Sebagai bonus kepada pelancaran hebat ini, Alicafe turut berkongsi video di sebalik tabir (BTS) ketika penggambaran TVC bersama Datuk Remy Ishak. Dalam video tersebut, kita boleh  tengok sisi santai dan profesional Remy yang tetap karismatik walaupun di luar kamera.

Kali ni Ohmedia ‘salute’ Alicafe sebab berjaya menghasilkan iklan yang lari dari norma, sebab ia lebih dinamik, penuh maskuliniti, dan jelas mesejnya. Berbanding iklan kopi lain yang sering klise, TVC ini benar-benar mencuri perhatian dan mencetuskan rasa bangga dalam target pasaran mereka iaitu kaum lelaki.

Pendek kata, memang kena dengan semangat “Kuasa Kau, KAW”.

Bukan Sekadar Launch Biasa, Ada Kontes Jugak!

Bukan setakat jadi duta semata-mata, kalau korang perasan dalam bulan lepas Datuk Remy sendiri cabar rakyat Malaysia untuk jadi kreatif melalui satu kontes video green screen yang di post di Instagram dan TikTok dengan #KuasaKauKaw. Kontesnya mudah je siapa paling kreatif edit, dialah juara.

Rupanya video yang beliau kongsi tu ialah di sebalik tabir pembikinan komersial terbaru Alicafe!

Orang Malaysia ni pula pantang dicabar, boleh tahan ya kreativiti masing-masing. Paling best, lima orang yang bertuah berpeluang menang RM1000 setiap seorang pula tu!

Nantikan pengumuman pemenang di laman sosial rasmi Alicafe (Facebook, Instagram dan TikTok).

Tak kiralah korang lelaki aktif, lelaki sibuk, atau lelaki yang tak mahu kalah dengan dunia, sekarang masa untuk hidup dengan lebih KAW.

Alicafe. Kuasa Kau, KAW.

Maklumat lanjut, ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas