Connect with us

Oh! Media

Tukang Bersih Dimarahi Kotorkan Baju Raya Pelanggan, Saksi Kejadian Hulur Wang Tanda Simpati

Befunky collage  2

Trending

Tukang Bersih Dimarahi Kotorkan Baju Raya Pelanggan, Saksi Kejadian Hulur Wang Tanda Simpati

Kita sangatlah dituntut untuk berbudi bahasa terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit. Namun dapat dilihat budi bahasa dalam diri masyarakat pada hari ini semakin menipis dek kerana sikap bongkak dan angkuh yang ada pada diri.

BACA: “Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari” – Youtuber Dikecam Campur Aduk Agama Dan Hobi

Tukang bersih tak sengaja kotorkan baju raya

Tular satu video yang dimuat naik pengguna bernama wiwieriana di TikTok yang menunjukkan seorang tukang bersih warga Bangladesh yang sedang mengemas pinggan-pinggan kotor di medan selera sebuah pusat beli belah.

IKLAN
@wiwieriana

sbg ingatan kita semua saling jaga adab dan hormat menghormati sesama insan. islam itu indah. islam itu sgt penyayang. penuh dgn kasih sayang.

♬ Syukur (Alhamdullilah) – Ungu

Menerusi video yang dimuat naik wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa tukang bersih berkenaan baru sahaja dimarahi seorang pelanggan dalam lingkungan 40-an.

Difahamkan pelanggan tersebut memarahinya kerana dia telah mengotorkan baju raya pelangga tersebut ketika dia melakukan kerja membersih meja makan di medan selera tersebut.

Wiwieriana yang melihat keadaan itu kemudiannya menghulurkan sejumlah wang kepada tukang bersih berkenaan sebagai tanda maaf dan terima kasih atas kerja yang telah dilakukan.

Hidup ibarat roda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati untuk tidak bersikap sombong dan sentiasa menghormati satu sama lain dan berterima kasih kepada wanita berkenaan yang menghulurkan wang kepada pekerja itu.

Screenshot 2022 05 12 at 143729
Screenshot 2022 05 12 at 143740
Screenshot 2022 05 12 at 143750
Screenshot 2022 05 12 at 143804

Hidup ini ibarat roda. Ada waktunya kita berada di atas, ada masanya kita berada di bawah. Sentiasalah hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Kredit: TikTok wiwieriana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas