Connect with us

Oh! Media

“Abang Saya Kejar Lori Sampah” – Wanita Ini ‘Buang’ Barang Kemas, Ingatkan Lampin!

Article 3 22 2

Trending

“Abang Saya Kejar Lori Sampah” – Wanita Ini ‘Buang’ Barang Kemas, Ingatkan Lampin!

Seorang wanita tular di media sosial, apabila mengakui dirinya tak sengaja terbuang barang kemas yang diingatkan lampin, kerana terlalu sibuk mengemas rumah dan menguruskan anak.

BACA: Wanita Akhirnya Tertangkap Curi Barang Kemas Selama 2 Tahun Berjumlah RM2 Juta

Menerusi laporan Utusan, kejadian berlaku di Kuarters Balai Polis Telok Ayer Tawar, Butterworth Pulau Pinang.

IKLAN

Buang lampin dan beg berisi barang kemas dalam tong sampah

Screenshot 2022 02 22 at 113012 am
Foto Kosmo

Rohaya Ismail mengatakan kejadian yang terjadi pada awal pagi kelmarin itu berlaku di luar jangkaannya semasa mengemas rumah.

Ketika saya sedang mengemas rumah, saya sudah pegang beg kecil yang berisi empat bentuk cincin dan seutas gelang tangan, namun, anak saya, Muhammad Wafi Aidin Muhammad Rafiuddin, tiba-tiba menangis, lalu menukar lampin sebelum meletakkan beg tersebut di sebelah lampin terpakai. 

Kemudian, tanpa fikir panjang, saya terus kumpul lampin dan sampah-sampah lain termasuk beg yang berisi barang kemas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Selepas sedar akan kehilangan beg berisi barang kemas itu, Rohaya terus meminta abangnya, Mohd Yusuf Ismail untuk mencari lori sampah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan segera.

Ketika itu, abang saya kejar lori sampah yang kebetulan masih mengutip sampah di sekitar Telok Ayer Tawar, lalu, meminta pertolongan pekerja MBSP untuk mencari barangan kemas yang saya anggap ada nilai sentimental yang tinggi kerana membelinya semasa zaman anak dara lagi. 

Meskipun saya beranggapan peluang untuk menjumpai barangan kemas itu tipis , namun, saya reda dan pasrah jika barangan itu tidak dijumpai.

Selepas berbincang dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MBSP, mereka bersetuju untuk mencari barang kemas itu di Depo Operasi Pembersihan Tasek Gelugor, pada jam 9 pagi.

Kira-kira 4 jam operasi dijalankan, akhirnya barang kemas itu berjaya ditemukan. Rohaya amat bersyukur dengan sikap pekerja MBSP yang amanah dan bertungkus-lumus mencari barang kemasnya tanpa meminta sebarang balasan.

Rohaya kemudian memberikan sedikit saguhati berbentuk wang kepada 10 orang pekerja dan mengharapkan pihak MBSP memberikan mereka anugerah kerana menjalankan kerja dengan sangat baik.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas