Connect with us

Oh! Media

(Video) Catriona Ross Tiru Gaya DSV Sambut Birthday Iqbal Boleh Kena Saman?

Ohmedia parodi meletop ds vida

Oh! Artis

(Video) Catriona Ross Tiru Gaya DSV Sambut Birthday Iqbal Boleh Kena Saman?

Nampaknya gosip antara Dato’ Seri Vida dan bakas PA, Ahmad Iqbal semakin reda selepas hampir setiap hari kita dihebohkan tentang perkahwinan mereka. Kesah mereka ini menjadi semakin kecoh selepas anak DS Vida, Cik B tidak merestui hubungan mereka.

BACA: Bakal Papa Janji Bagi Cik B 1 Bulan 1 Juta Termasuk DS Vida

Kisah mereka tiba-tiba reda selepas Iqbal mengakui tidak mahu mendesak sesiapa untuk merealisasikan niatnya untuk mengahwini DS Vida. Tapi tak sah la kalau apa yang berlaku ini tidak dijadikan bahan parodi program MeleTOP. Betul tak?

IKLAN

Dalam episod terbaru program MeleTOP, Jihan, Catriona Ross dan Danial Zain cuba melakonkan semula babak kejutan hari jadi Iqbal yang dibuat khas DS Vida.

Dalam video itu, Jihan menjadi PA kepada DS Vida, Catriona Ross pula menjadi DS Vida dan Danial Zain sebagai Iqbal.

Saya akan jago makan minum Abe…

Catriona Ross yang berdialog dalam loghat Kelantan dilihat sangat menjadi meniru gaya DS Vida. Dia juga lengkap bergaya dengan cincin besar di jari dan Jihan pula seakan menyediakan skrip untuk mereka.

Parodi yang ke arah saman

Rata-rata netizen terhibur melihat parodi yang dilakukan mereka bertiga. Ada juga yang menyifatkan apa yang dilakukan mereka itu amat berani dan boleh kena saman.

Image 18

Apapun semua ini hanya sekadar hiburan dan semoga apa yang dirancang DS Vida dipermudahkan.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas