Connect with us

Oh! Media

Ustazah Asma’ Komen Isu Pawagam Dibuka, Netizen ‘Compare’ Dengan SOP Masjid

Cover Photo Om 1200 X 675 97

Trending

Ustazah Asma’ Komen Isu Pawagam Dibuka, Netizen ‘Compare’ Dengan SOP Masjid

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi Industri Kreatif termasuk pembukaan semula panggung wayang bagi individu yang sudah lengkap vaksin.

Namun begitu, kelonggaran ini hanya dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan untuk memudahkan kakitangan memantau pematuhan SOP.

BACA: Pawagam Antara Yang Dibenarkan Operasi Mulai 9 September Ini

IKLAN

Terbaru, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebook bersuara mengenai kelonggaran ini. Beliau membayangkan risiko penularan jika ada seorang pembawa berada selama dua jam dalam panggung tersebut. Tambahan pula, tempatnya tertutup dan berhawa dingin.

Ustazah Asma'

Beliau walau bagaimanapun memahami ramai daripada rakyat Malaysia terkesan pendapatan apabila pawagam ditutup sejak penularan Covid-19 hampir dua tahun lalu. Beliau percaya pekerja yang terlibat sudah mempunyai sumber pendapatan lain dan tidak bergantung kepada pawagam semata-mata.

Jelasnya lagi, kelonggaran ini adalah sesuatu yang tidak seimbang seolah kurang muafakat dan teliti.

Jika satu pihak penuh dengan hati-hati dalam membuka ruang berkumpul, manakala pihak yang lain begitu mudah walaupun lebih berisiko.

Beliau turut prihatin terhadap keluhan orang ramai yang tidak berpuas hati di hantaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Netizen membuat perbandingan dengan SOP masjid yang masih belum dibuka mengikut kapasiti keluasan, kuliyah dhuha dan sebagainya. Sedangkan pawagam dibenarkan dengan kapasiti 50%.

Namun begitu, beliau yakin keputusan yang dibuat ini adalah terbaik dan mengikut situasi semasa. Beliau memahami dan menghormati pengurusan agama adalah di bawah negeri masing-masing.

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pengguna di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas