Connect with us

Oh! Media

Pawagam Antara Yang Dibenarkan Operasi Mulai 9 September Ini

pawagam

Oh! Lifestyle

Pawagam Antara Yang Dibenarkan Operasi Mulai 9 September Ini

Sebelum ini kami ada kongsikan artikel rayuan dari pengusaha pawagam yang mengharapkan agar kerajaan membenarkan mereka beroperasi semula. Hari ini beberapa keputusan telah diputuskan dan memberikan kelegaan kepada industri kreatif.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rakyat Malaysia Terkurung Lebih Setahun” – Pawagam Rayu Dibenarkan Operasi Semula

Ini apabila Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju memberikan kelonggaran SOP Fasa 1 bagi industri kreatif.

Berdasarkan kenyataan media Perdana Menteri, mulai 9 September 2021 semua penggiat seni yang sudah lengkap proses vaksinasi dibenarkan untuk beroperasi.

Ini termasuklah pembukaan semula panggung wayang dan hanya membenarkan pelanggan lengkap vaksin sahaja untuk masuk. Bagaimanapun, pengusaha panggung wayang hanya boleh membuka 50% sahaja ruang dewan tayangan.

Kelonggaran ini diberikan berdasarkan faktor terdapat negeri-negeri tela mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin. Ini bermakna kita semakin hampir mencapai tahap imuniti kelompok.

Peringatan untuk kita semua untuk sentiasa mengikut SOP dan norma baharu yang kita terapkan selama hampir 2 tahun ini. Jangan pernah leka dan pentingkan diri sendiri. #kitajagakita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas