Connect with us

Oh! Media

Gaya Bersungguh, Ramai Ingat Jurubahasa Isyarat RTM Ini OKU

Cover Photo Om 1200 X 675 37

Trending

Gaya Bersungguh, Ramai Ingat Jurubahasa Isyarat RTM Ini OKU

Sering menemani pembaca berita di sudut kanan televisyen, jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Lee Bee disangka benar-benar kelainan upaya. Mana tidaknya, gaya dan aksi Lee Bee ketika menyampaikan berita agak bersungguh-sungguh dan meyakinkan.

BACA: (VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen

Di TikTok, Lee Bee berkata, ketika menjalankan tugas menggunakan bahasa isyarat, dia perlu berlakon seolah-olah berada di tempat orang pekak. Dia perlu berfikir seperti orang pekak yang sedang menonton berita. Dengan cara itu, dia boleh menyampaikan berita dengan baik.

IKLAN
1589186356 110520160539160000005eb90f34ba9b2

Lee Bee langsung tidak berkecil hati apabila orang ramai menyangkakan dia tidak boleh bercakap. Secara berseloroh, dia berkata tidak boleh berhenti apabila sudah mula berbual.

@zam1075

Reply to @miss_aien00 🤭🤭

♬ original sound – zam1075

Memetik laporan Harian Metro, Lee Bee sudah 25 tahun berkhidmat dengan RTM menerusi segmen Nasional 8. Dia memulakan kerjaya menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada tahun 1986. Katanya, SPM menjadi titik permulaan dia terbabit dalam dunia penyiaran.

Screenshot 2020 05 14 at 112001 pm

Difahamkan, Lee Bee melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Orang Pekak di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat selama setahun sebelum pulang dan mengajar di Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor.

Semasa pengajian, hanya Lee Bee yang normal manakala rakan sekuliahnya adalah OKU. Dia bertuah kerana didedahkan dengan banyak kemahiran bahasa isyarat ketika di situ.

Kredit: Harian Metro | TikTok zam1075

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas