Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen

Trending

(VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen

Pembaca berita merupakan pekerjaan yang akan membaca dan berkongsikan laporan tentang berita-berita terkini melalui kaca televisyen. Perwatakan yang menarik serta alunan suara yang seimbang ketika membacakan berita adalah amat penting bagi mencapai mood berita tersebut serta membuat penonton lebih faham akan kejadian yang berlaku.

ADVERTISEMENT

Namun, menjadi seorang pembaca berita bukanlah perkara yang mudah. Mereka yang terlibat dalam pekerjaan ini memerlukan latihan serta persediaan rapi sebelum dimulai oleh kerana ia melibatkan rancangan siaran langsung tanpa ada adegan yang dipotong.

Tetapi, persiapan yang rapi tidak semestinya tidak akan melakukan kesalahan seperti tersasul ketika berkata-kata. Perkara itu turut terjadi kepada pembaca berita ‘Buletin Utama’ semalam selepas dia melakukan kesilapan dalam menyebut satu perkataan yang memaksa di mengulanginya banyak kali.

Pembaca TV3 tersasul sebut satu perkataan

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @bdkkacamata0608 memaparkan pembaca berita TV3, Norliza Mohd Zain yang menghadapi kesukaran menyebut perkataan ‘Solidariti’ dengan lancar ketika dia bersama rakan penyampainya, Ramzan Mohd Saufi, ketika melaporkan tentang sidang Parlimen semalam.

Dia nak sebut ‘bersolidariti’ tetapi banyak kali tersasul.

Namun. mujurlah dia mampu menyebut perkataan tersebut dengan betul sebelum meneruskan pembacaan seperti tiada masalah yang berlaku.

@bdkkacamata0608

maafkan sy sbb tgok berita tadi tergelak besar 🙏🙏🤣🤣🤣 #fyp #foryou #beritatv3 #tiktokmelaka #fypシ

♬ original sound – imah kecik

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kesusahan yang dihadapi oleh pembaca berita tersebut selain turut mengakui bahawa akan melakukan perkara yang sama jika mereka berada di tempatnya.

Walaubagaimanapun, video yang dikongsikan itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 50,000 tontonan serta 1,000 lebih tanda suka dan rata-rata netizen juga memberikan komen positif walalupun pembaca berita itu melakukan kesilapan kecil.

Kredit: TikTok @bdkkacamata0608

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas