Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Persandingan Mewah Anak Sultan Brunei Penuh Istiadat

Ohmedia persandingan anak sultan brunei 2jpg

Umum

(Gambar) Persandingan Mewah Anak Sultan Brunei Penuh Istiadat

Pasti ramai yang masih ingat tentang istiadat lebih 10 tahun lalu meraikan penyatuan hati Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Sarah yang turut dipancarkan secara langsung di Malaysia.

Kini giliran anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Malik, 31 dan pasangannya Dayangku Raabiatul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah mendapat perhatian masyarakat dunia. Selaku putera kepada pemegang status Raja Terkaya Di Dunia, majlis berkenaan berlangsung selama tujuh hari tujuh malam dan diadakan dengan penuh gilang gemilang di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

IKLAN

Menariknya, istiadat ini turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi. Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan.

Dengan perhiasan-perhiasan mewah yang pasti menjadi satu impian sesiapa sahaja dengan dihadiri kenamaan-kenamaan dunia. Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna keemasan yang melambangkan kemewahan yang sungguh indah sekali dengan bertatahkan emas. Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata.

Barakallah dan semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas