Branded
Peminat Upin & Ipin Wajib Datang! Grab x Baskin-Robbins Anjur ‘Eksplorasi Aiskrim, Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik Menanti Merdeka Ni
Siapa dekat sini membesar dengan rancangan Upin & Ipin, jujur cakap korang memang legend habis lah!
Rancangan ikonik kanak-kanak ini bukan saja menghiburkan kita, malah banyak mengajar nilai murni dan mewarnai zaman kecil kita dengan bermacam memori manis tau!

Tapi, korang tahu tak, keseronokan tu tak berhenti dekat skrin TV je? Khas buat korang yang nak imbau semula kenangan cilik sambil cipta memori baru bersama keluarga, korang wajib datang ke acara Eksplorasi Aiskrim!
Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Daripada Grab x Baskin-Robbins
Jujur cakap, korang memang akan rugi besar kalau tak join acara Eksplorasi Aiskrim, acara kolaborasi antara Grab dan Baskin-Robbins ni sebab ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan menanti korang!


Kalau korang dah biasa dengan permainan tradisional Malaysia, kami yakin korang pasti boleh tapau punya permainan interaktif di stesen tersedia seperti Batu Seremban, Teng Teng dan banyak lagi!

Lagi best, korang juga boleh bergambar bersama tersayang di stesen Photo Op dan berpeluang untuk tebus aiskrim Baskin-Robbins dan pelekat Upin & Ipin 3D istimewa, dengan syarat perlu muat naik gambar tersebut di media sosial.

Bukan itu saja, kalau korang die-hard-fan rancangan Upin & Ipin ni, korang wajib sertai kuiz trivia dan permainan interaktif tersedia, sebab korang akan dapat pelbagai hadiah menarik seperti:
– Beg bekal
– Jam tangan Upin & ipin edisi terhad Grab
– Baucar Grab
“Saya suka, saya suka!” – Mei Mei
Dan banyak lagi! Kalau nak tahu, korang wajib datang ke Eksplorasi Aiskrim!
Kemunculan Istimewa Opah Bersama Upin & Ipin

Nak tahu apa yang lagi best selain join aktiviti-aktiviti interaktif dan menang hadiah? Korang boleh merealisasikan impian anak-anak atau diri korang sendiri untuk berjumpa watak kegemaran secara live tau!
“Dua tiga kuih lepat, Upin Ipin sangat hebat!” – Jarjit
Upin & Ipin akan menggegarkan acara Eksplorasi Aiskrim, dan korang boleh bergambar, beramah mesra dan cipta kandungan sebagai kenangan bersama mereka. Psst, Opah pun ada buat special appearance.

Siapa je yang tak excited nak jumpa Opah betul tak? Sebuah karakter yang juga memberi impak besar terhadap memori zaman cilik kita dan anak-anak!
Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom sertai acara Eksplorasi Aiskrim, butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 hingga 31 Ogos 2026
Tempat: MyTOWN Shopping Center
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Untuk korang yang terlepas menyertai acara ini, jangan risau korang masih lagi boleh dapatkan Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab menerusi aplikasi Grab tau! Klik saja DI SINI.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

