Connect with us

Oh! Media

Masih ‘Angau’ Dengan Zhang Linghe? Ini 7 Drama Dia Yang Buat Korang Nak Cari Tablet Terbaik Untuk Marathon 

Ohmedia zhang Linghe Honor 2

Branded

Masih ‘Angau’ Dengan Zhang Linghe? Ini 7 Drama Dia Yang Buat Korang Nak Cari Tablet Terbaik Untuk Marathon 


Kalau korang memang kaki C-drama, nama Zhang Linghe rasanya tak perlu diperkenalkan.

Dia ni sekejap muncul dalam kostum drama, lepas tu masuk kisah cinta moden pula. Belum sempat move on daripada satu watak, dah muncul dengan karakter lain yang vibe dia langsung berbeza. Boleh dikatakan nama Zhang Linghe boleh dikatakan antara aktor China yang cukup produktif dengan drama baharu hampir setiap tahun.

Terbaru, namanya kembali menjadi perhatian menerusi Pursuit of Jade dan This Moment of Fire yang ditayangkan pada 2026. Jadi kalau korang baru nak kenal Zhang Linghe atau tengah ‘terjebak’ dengan aktor ni lepas tengok drama terbarunya, ini kami senaraikan beberapa drama yang boleh dimasukkan dalam watchlist.

1. My Journey to You (2023)

Kalau nak tahu antara drama yang membuatkan nama Zhang Linghe mula dikenali ramai ialah My Journey to You.

Drama misteri dan romantik ini mengisahkan Yun Weishan, seorang pembunuh upahan yang menyusup masuk ke kediaman keluarga Gong untuk menyelesaikan satu misi. Di situlah dia bertemu Gong Ziyu (Zhang Linghe), seorang tuan muda yang pada awalnya kelihatan memberontak tetapi terpaksa berdepan tanggungjawab dan ancaman yang jauh lebih besar.

Bukan sekadar kisah cinta, drama ini turut bermain dengan elemen pengkhianatan, rahsia keluarga dan perebutan kuasa. Jadi kalau korang suka drama kostum yang visualnya cantik tetapi jalan ceritanya sedikit dark dan penuh misteri, boleh mula dekat sini.

2. The Princess Royal (2024)

Tahun berikutnya Zhang Linghe muncul pula sebagai Pei Wenxuan dalam The Princess Royal bersama Zhao Jinmai.

Premis drama ini menarik mengisahkan Pei Wenxuan dan Puteri Li Rong berkahwin atas kepentingan politik, tetapi hubungan mereka selama puluhan tahun akhirnya dipenuhi salah faham dan konflik sehingga kedua-duanya menemui ajal.

Plot twist dia? Mereka tiba-tiba kembali ke usia 18 tahun dengan semua memori kehidupan lama masih ada.

Diberikan peluang kedua, kedua-duanya cuba mengelakkan kesilapan yang pernah dilakukan sambil berdepan permainan politik istana. Tapi biasalah, bila dua orang yang kononnya dah tak nak ada kena-mengena terpaksa bekerjasama semula, perasaan lama pun mula muncul balik.

3. Love’s Rebellion (2024)

Kalau The Princess Royal bermain dengan politik istana dan peluang kedua, Love’s Rebellion pula membawa Zhang Linghe masuk ke dunia fantasi xianxia (immortal heroes).

Kali ini dia memainkan watak Ji Yang, seorang maharaja misteri yang menyembunyikan identiti sebenarnya dan turut dikenali sebagai Shao Cang.

Kisah bermula apabila Nanyan, seorang tabib yang mahu menyelamatkan ibunya, secara tidak sengaja terikat dengan Ji Yang menerusi satu ikatan mistik. Daripada dua orang yang pada mulanya susah nak ngam, mereka akhirnya terpaksa bekerjasama sehingga terseret ke dalam konspirasi yang lebih besar dalam dunia immortal.

Kiranya kalau korang suka Zhang Linghe dengan rambut panjang, guna kostum dan aura lelaki misteri yang susah nak baca, yang ni memang kena masuk list.

4. Our Generation / Cherry Amber (2025)

Selepas beberapa drama costume dan fantasi, Our Generation, yang diadaptasi daripada novel Cherry Amber, memberikan Zhang Linghe vibes yang jauh lebih dekat dengan kehidupan biasa.

Berlatar sekitar era 1990-an, drama coming-of-age ini mengikuti sekumpulan sahabat yang membesar bersama, termasuk Lin Qile dan Jiang Qiaoxi (Zhang Linghe).

Jalan cerita kali ini lebih kepada proses membesar, persahabatan, keluarga dan perasaan yang perlahan-lahan berubah apabila masing-masing semakin dewasa. Sesuai untuk korang yang nak tengok sisi Zhang Linghe dalam cerita yang lebih youthful dan slice-of-life.

5. The Best Thing (2025)

Nak Zhang Linghe versi green flag pula? Boleh cuba The Best Thing.

Dalam drama romantik moden ini, Zhang Linghe membawa watak He Suye, seorang doktor perubatan tradisional Cina yang bertemu Shen Xifan, pengurus hotel yang berdepan masalah insomnia dan migrain akibat tekanan kerja.

Hubungan yang pada mulanya sekadar antara doktor dan pesakit mula berubah apabila mereka menyedari rupa-rupanya tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

Daripada pertemuan kecil kepada perasaan yang semakin berkembang, drama ini memang lebih ringan dan sweet berbanding beberapa karya Zhang Linghe sebelum ini. Kalau penat tengok dia asyik berperang dan masuk konspirasi, bolehlah healing kejap dekat sini.

6. Pursuit of Jade (2026)

Masuk 2026, Zhang Linghe kembali ke dunia costume drama menerusi Pursuit of Jade, kali ini bergandingan dengan Tian Xiwei.

Cerita bermula apabila Fan Changyu menemui seorang lelaki yang hampir mati tertimbus dalam salji. Lelaki tersebut sebenarnya ialah Xie Zheng, seorang bangsawan dan jeneral yang terpaksa menyembunyikan identitinya.

Disebabkan keadaan masing-masing, mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan hubungan yang pada awalnya sekadar satu arrangement perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih serius.

Namun apabila peperangan memisahkan mereka, kisah cinta tadi mula berkembang menjadi perjalanan yang jauh lebih besar melibatkan medan perang, identiti sebenar dan usaha mencari kebenaran.

7. This Moment of Fire (2026)

Belum sempat peminat move on daripada Xie Zheng, Zhang Linghe tukar zaman pula.

Dalam This Moment of Fire, dia membawa watak Murong Qingyi, seorang lelaki yang dibesarkan dalam keluarga lain selepas tertukar ketika kecil dan melalui zaman kanak-kanak yang cukup sukar.

Pertemuannya dengan Ren Susu ketika remaja mengikat nasib mereka berdua, tetapi hubungan itu kemudian dipenuhi perpisahan, salah faham dan kehilangan. Bertahun kemudian, Ren Susu muncul kembali dalam hidupnya dalam keadaan yang langsung tidak dijangka.

Dengan latar era Republikan, konflik keluarga, revenge dan hubungan love-hate yang agak intense, karakter ini memang jauh berbeza daripada hero costume drama Zhang Linghe yang biasa kita tengok.

Kalau nak tengok range dia dalam setting lain, This Moment of Fire mungkin antara pilihan yang paling menarik selepas Pursuit of Jade.

Okay, Dah Ada Watchlist. Tapi Nak Marathon Dekat Mana?

Kalau tengok senarai dekat atas ni, satu benda memang confirm banyak episod nak kena kejar. 

Kita semua tahu perangai bila dah jumpa drama yang kena dengan taste. Kononnya nak tengok satu episod sebelum tidur, sekali tengok jam dah pukul 2 pagi.

Kalau memang jenis suka marathon drama, skrin besar memang kena adalah barulah tak sakit mata nak tonton lama!

Siri HONOR Pad 20 Kini Dengan Skrin 12.1 Inci 3K, Barulah Puas Nak Tengok Zhang Linghe

Siri HONOR Pad 20 hadir dengan paparan 3K bersaiz 12.1 inci bersama liputan warna DCI-P3. Bahasa mudahnya, ruang tontonan jauh lebih besar berbanding telefon dan visual juga dapat dipaparkan dengan lebih jelas serta terperinci.

Untuk drama yang memang banyak bergantung pada visual seperti Pursuit of Jade, skrin besar macam ni membolehkan korang nampak lebih banyak detail pada kostum, persekitaran dan babak aksi.

Kalau nak tenung muka Zhang Linghe, sangat sesuai!

Menariknya, paparannya turut hadir dengan ciri penjagaan mata. Berguna juga untuk golongan yang selalu cakap “last episode” tapi sejam kemudian masih belum tidur.

Bateri 10,100mAh, Boleh Marathon Sampai 9 Jam

Selain skrin, satu lagi benda yang boleh spoil mood tengah layan drama ialah bateri. Bayangkan tengah sampai babak paling klimaks, tiba-tiba keluar notifikasi bateri tinggal 10 peratus.

Siri HONOR Pad 20 mempunyai bateri berkapasiti 10,100mAh yang menawarkan sehingga 9 jam tontonan video berdasarkan angka rasmi.

Jadi untuk perjalanan jauh, hujung minggu dekat rumah atau memang sengaja nak habiskan beberapa episod sekali jalan, tak perlulah terlalu kerap mencari plug.

Sebab bila dah masuk episod yang tergantung, siapa je rela berhenti tengah jalan?

Bukan Visual Je, Audio Pun Kenalah Mantap!

Bila tengok drama, kita selalu fokus pada skrin. Tapi audio sebenarnya boleh mengubah keseluruhan feel sesuatu babak. Siri HONOR Pad 20 turut menyokong spatial audio untuk memberikan pengalaman bunyi yang lebih immersive ketika menonton.

Untuk versi Pro pula, pengalaman audio dan visual dipertingkatkan lagi menerusi sokongan DTS:X Ultra serta IMAX Enhanced.

Babak perang boleh rasa lebih hidup, dialog lebih jelas dan OST yang tiba-tiba masuk masa scene sedih tu mungkin lagi senang buat korang termenung selepas episod habis.

iQIYI Iktiraf Siri HONOR Pad 20 Sebagai Tablet Pilihan Untuk Tonton Drama

Satu lagi yang menarik, Siri HONOR Pad 20 turut menerima pengiktirafan daripada iQIYI sebagai “Tablet Pilihan Untuk Menonton Drama.”

Memang kena dengan target audience dia sebab bila gabungkan skrin 12.1 inci 3K, bateri besar dan pengalaman audio yang lebih immersive, tablet ini jelas dibina dengan entertainment sebagai antara fokus utamanya.

Kiranya kalau watchlist C-drama korang memang tak pernah kosong, ini antara device yang boleh dipertimbangkan untuk upgrade pengalaman marathon.

Harga Bermula RM1,999, Ada Harga Istimewa Untuk Student!

Siri HONOR Pad 20 ditawarkan bermula pada RM1,999.

Bagi pelajar pula, terdapat tawaran pendidikan yang membolehkan korang mendapatkannya pada harga serendah RM1,699.15

Jadi sekarang persoalannya bukan lagi nak tengok drama Zhang Linghe yang mana. Nak mula dengan Gong Ziyu dalam My Journey to You, healing dengan He Suye dalam The Best Thing, atau terus terjebak dengan Xie Zheng dalam Pursuit of Jade?

Apa pun pilihan korang, nampaknya watchlist tu memang tak boleh habis dalam waktu yang singkat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang HONOR, korang boleh terus layari laman web rasmi HONOR Malaysia atau follow Facebook dan Instagram untuk tengok update terbaru.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas