Connect with us

Oh! Media

Barang Sampai, Harapan Pun Tiba! Lalamove Bantu Keluarga Memerlukan Melalui Kempen “Moves That Bring You Home”

Ohmedia  2026 06 16 at 110104 Am

Oh! Inspirasi

Barang Sampai, Harapan Pun Tiba! Lalamove Bantu Keluarga Memerlukan Melalui Kempen “Moves That Bring You Home”

Bila sebut tentang bantuan kepada golongan yang memerlukan, ramai yang terus terbayang sumbangan makanan, pakaian atau keperluan harian. Tetapi pernah tak terfikir, bagaimana semua bantuan itu sebenarnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan?

Hakikatnya, cabaran bukan sekadar mengumpul sumbangan. Kadang-kadang, masalah terbesar ialah proses penghantaran. Ada barangan yang terlalu banyak, terlalu berat atau memerlukan pengangkutan khas sebelum dapat diserahkan kepada keluarga yang memerlukan.

Sebab itulah peranan logistik sering menjadi “hero di belakang tabir” yang jarang mendapat perhatian. Menyedari perkara ini, Lalamove tampil dengan inisiatif yang bukan sahaja menghantar barang, malah membantu menyampaikan harapan kepada mereka yang memerlukan.

IKLAN

Lalamove Lancar Kempen “Moves That Bring You Home”

2026 06 16 at 110055 Am

Lalamove baru sahaja melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serantau dikenali sebagai “Moves That Bring You Home” di bawah inisiatif Deliver Care.

Program ini diwujudkan bagi membantu organisasi komuniti dan NGO mengatasi cabaran logistik yang sering menjadi penghalang dalam usaha menyampaikan bantuan kepada masyarakat.

Melalui program ini, Lalamove menawarkan penyelesaian penghantaran pada kadar percuma atau subsidi kepada rakan NGO yang layak, termasuk bagi penghantaran barangan sumbangan bersaiz besar, perpindahan isi rumah serta bahan keperluan projek komuniti.

Bekerjasama Dengan Dignity for Children Foundation

Bagi pelaksanaan kempen di Malaysia, Lalamove bekerjasama dengan Dignity for Children Foundation, sebuah organisasi bukan kerajaan yang menyediakan pendidikan dan penjagaan holistik kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur.

Menerusi kerjasama ini, Lalamove menghantar pelbagai keperluan asas seperti minyak masak, beras putih, sardin dan barangan harian lain kepada 16 keluarga bandar yang memerlukan.

Lebih daripada sekadar penghantaran sumbangan, Lalamove turut menyediakan sokongan logistik berterusan kepada organisasi tersebut melalui akses kepada pelbagai jenis kenderaan dalam rangkaiannya.

Daripada motosikal dan van sehinggalah lori bersaiz besar, fleksibiliti ini membantu mengurangkan beban operasi yang sering dihadapi NGO ketika menguruskan penghantaran bantuan.

Masalah Yang Sering Dihadapi NGO

2026 06 16 at 110115 Am

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa cabaran utama NGO bukanlah kekurangan sumbangan, tetapi kesukaran untuk memindahkan dan menghantar barangan tersebut kepada penerima.

Apabila barangan bersaiz besar tidak dapat diangkut dengan cepat, ada bantuan yang terpaksa ditangguhkan malah tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Melalui perkhidmatan penghantaran atas permintaan dan penghantaran hari yang sama, Lalamove membantu memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih cekap tanpa memerlukan perancangan logistik yang rumit.

Ini membolehkan NGO memberi lebih tumpuan kepada misi utama mereka iaitu membantu komuniti yang memerlukan.

Membantu Komuniti Bersama Rakan Pemandu

Menurut Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, Jane Teh, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan.

Namun begitu, banyak NGO masih berdepan cabaran tersembunyi seperti kos pengangkutan dan pengurusan logistik.

“Melalui program Deliver Care, kami membantu merapatkan jurang ini dengan menyokong NGO yang memberi impak bermakna kepada komuniti tempatan. Dengan ‘Moves That Bring You Home’, kami memperluaskan lagi komitmen ini dengan membantu keluarga memerlukan di sekitar Kuala Lumpur mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan pemandu Lalamove yang sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu komuniti.

Pengguna Pun Boleh Turut Menyumbang

2026 06 16 at 110125 Am

Menariknya, orang ramai juga boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif ini melalui Lalamove Rewards, program kesetiaan percuma yang ditawarkan oleh platform tersebut.

Ahli program boleh menyumbangkan RM3 kepada Dignity for Children Foundation bagi setiap 600 LalaPoints yang ditebus.

Mata ganjaran ini boleh dikumpul melalui setiap tempahan yang dibuat di platform Lalamove, dengan setiap RM1 perbelanjaan bersamaan 1 LalaPoint.

Dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan bagi menyokong operasi Dignity for Children Foundation di seluruh negara, termasuk menyediakan pendidikan, makanan berkhasiat harian, pengangkutan yang selamat serta penjagaan holistik kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kadang-kadang, sesuatu bantuan tidak semestinya datang dalam bentuk wang atau barangan. Ada masanya, bantuan paling bermakna ialah memastikan keperluan tersebut sampai tepat pada waktunya kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Itulah yang cuba direalisasikan oleh Lalamove menerusi kempen “Moves That Bring You Home”.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas