Connect with us

Oh! Media

Enam Murid Disahkan Positif Tibi Di Kota Tinggi Dan Sekolah Masih Dibuka

Ohmedia tibi Sekolah Kota Tinggi

Trending

Enam Murid Disahkan Positif Tibi Di Kota Tinggi Dan Sekolah Masih Dibuka

Enam murid di Kota Tinggi disahkan tibi, namun sekolah masih dibuka. Kerajaan Johor dan KKM sahkan situasi terkawal.

Seramai enam murid sekolah di daerah Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (tibi) hasil saringan kontak rapat melibatkan empat murid lelaki dan dua murid perempuan.

Menurut laporan Harian Metro, setakat ini tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan walaupun penularan wabak itu mendapat perhatian ramai.

Kerajaan negeri dan KKM pantau rapi

Kkm

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata penularan penyakit itu berada dalam keadaan terkawal dan dipantau rapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

Kerajaan negeri mengambil maklum berhubung penularan penyakit tibi yang membabitkan murid sekolah di daerah Kota Tinggi.

Semua murid terbabit sudah diarahkan menjalani kuarantin serta menerima rawatan sewajarnya dan berada dalam pemantauan rapi KKM mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan.

PKD turun padang selepas isu penyakit tibi

Penyakit Tibi

Menurut Aznan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi turut turun ke sekolah terbabit bagi mengadakan sesi perjumpaan dan penerangan bersama pihak pengurusan sekolah.

Langkah itu bertujuan memberi penjelasan mengenai penyakit tibi serta langkah pencegahan yang perlu diambil oleh pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Dalam pada itu, Aznan yang juga ADUN Tanjung Surat menegaskan semua sekolah perlu terus mematuhi garis panduan KKM, termasuk aspek kebersihan dan pemantauan kesihatan murid.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan isu ini.

Sebarang maklumat rasmi hendaklah dirujuk

kepada kenyataan KKM atau saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor.

Pssttt! Dalam isu kesihatan, jangan mudah panik atau percaya khabar angin. Rujuk sumber rasmi dan patuhi nasihat pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas