Oh! Tidak
33 Penyokong Selangor FC Ditahan, 21 Positif Dadah Dan Ada Yang Bawa ‘Barang’
21 positif dadah dan dua daripadanya miliki ganja ketika kekecohan di Jambatan Angkat.
Terkini! Seramai 33 penyokong Selangor FC ditahan polis selepas didakwa mencetuskan kekacauan di sekitar Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Ahad.
Dilaporkan, kumpulan penyokong itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin untuk permohonan reman bagi bantu siasatan.
400 disaring, 21 positif dadah termasuk dua miliki ganja

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan bahawa insiden kekecohan di Jambatan Angkat berlaku sekitar jam 6.30 petang, di waktu puncak ketika orang ramai menggunakan laluan tersebut.
Difahamkan, pihak polis telah membawa kira-kira 400 penyokong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi menjalani ujian saringan air kencing.
Daripada jumlah itu, laporan menunjukkan 21 orang positif dadah, dan dua daripadanya turut memiliki dadah jenis ganja.
Video tular, penyokong menyalakan suar di tengah jambatan

Apa yang menambahkan kontroversi, beberapa video tular memaparkan kumpulan penyokong tersebut berarak sambil mengibarkan bendera pasukan mereka dari arah bandar ke Jambatan Angkat.
Lebih membimbangkan, mereka juga dilihat menyalakan suar di tengah-tengah jambatan, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna jalan yang melalui kawasan itu.
Pssttt! Tak salah nak sokong pasukan kesayangan, tapi biarlah berpada-pada. Tindakan melulu seperti ini bukan saja memalukan kelab, tapi turut mencetuskan risiko keselamatan awam. Harap semua penyokong ambil iktibar dan teruskan sokongan secara matang dan berhemah.
Kredit: Stadium Astro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM