Connect with us

Oh! Media

Beli Rumah Tapi Tak Ada Bajet Deco? Paramount Property Sediakan Pembiayaan Maybank MyDeco!

Ohmedia 851x315 1200 X 675 Px   2025 12 01t133622372

Branded

Beli Rumah Tapi Tak Ada Bajet Deco? Paramount Property Sediakan Pembiayaan Maybank MyDeco!

Ramai yang teruja bila dapat kunci rumah pertama tapi terus risau bila sedar bajet dah habis untuk deposit, fi guaman dan macam-macam lagi. Nak deco rumah? Kena tangguh dulu. 

Tapi sekarang ada solusi mudah untuk korang yang nak masuk rumah dalam keadaan cantik, lengkap dan selesa tanpa perlu tunggu lama. Untuk setiap pemilik rumah Paramount Property, korang boleh mohon pembiayaan Maybank MyDeco dari sekarang sehingga 31 Mac 2026 bagi projek Paramount Property terpilih! 

Apa yang best sangat tentang pembiayaan Maybank MyDeco?

Untuk setiap pembeli unit Paramount Property, anda boleh dapatkan pembiayaan khas sehingga 120% margin pembiayaan atau sehingga RM250,000 pembiayaan khas untuk kos reka bentuk dan perabot.

Tak perlu tunggu lama, semua ini boleh dibuat tanpa melambatkan timeline pindah masuk. Dengan pembiayaan Maybank MyDeco, tak perlu pening kepala nak fikir tentang mengindahkan rumah baru anda! Tak perlu pening-pening kepala!

Siapa yang layak mohon?

Semua pembeli unit siap atau dalam pembinaan daripada mana-mana projek Paramount Property sama ada landed atau high-rise selagi ia dibiayai sepenuhnya oleh Maybank layak untuk pembiayaan Maybank MyDeco.

Kalau selama ini bajet jadi penghalang nak deco rumah selama ini, inilah peluang untuk upgrade hidup dengan lebih mudah dan teratur. Rumah siap, hati pun tenang. Boleh terus masuk dan diami rumah idaman tanpa risau.

Ditawarkan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan patut Syariah

Kemudahan ini ditawarkan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan patut Syariah kepada pelanggan sedia ada Maybank dan Maybank Islamic Home Financing. 

Dengan kadar faedah/keuntungan yang kompetitif dan tempoh bayaran balik yang fleksibel, MyDeco memberi ruang kewangan tambahan kepada pemilik rumah untuk menaik taraf kediaman mereka.

Tawar pengalaman lancarkan miliki kediaman idaman

CEO Paramount Property, Chee Siew Pin berkata, “Sebagai People’s Developer, kami memahami bahawa pemilik rumah hari ini mahukan pengalaman lancar dalam mencipta kediaman impian pengalaman yang disokong sepenuhnya dan bebas daripada kebimbangan kewangan. 

Dengan menawarkan pembiayaan Maybank MyDeco yang mudah dan fleksibel untuk kos reka bentuk dalaman, kami menjadikan perjalanan menghias rumah lebih effortless, membolehkan pemilik rumah memberi tumpuan kepada mencipta ruang yang mereka idamkan. 

Sama ada menikmati kemudahan mesra keluarga di Uptown Residences 2 di Berkeley Uptown, menghayati pemandangan indah di Bukit Banyan atau berehat di kemudahan berkonsep resort di Sejati Residences, Maybank MyDeco membantu pemilik rumah menghias kediaman mereka.

Projek di bawah skim ini.

Kerjasama ini merangkumi beberapa pembangunan utama Paramount Property di wilayah Tengah dan Utara:

Wilayah Tengah

Sejati Residences, Cyberjaya

Sejati Residences

Rumah pegangan bebas dengan konsep park living. Rumah Park 3 tingkat menawarkan ruang 2,267 – 2,854 kaki persegi, 5 bilik tidur dan bilik air ensuite, direka untuk kediaman berbilang generasi. 

Dilengkapi ciri lestari dan memenangi anugerah, ia menawarkan gaya hidup lebih hijau di Cyberjaya.

Uptown Residences 2 @ Berkeley Uptown, Klang

Pembangunan mesra keluarga yang memenangi anugerah, menampilkan apartmen servis dan vila taman di tengah Klang. 

Komuniti pegangan bebas dengan keselamatan bertingkat dan 40 kemudahan untuk semua peringkat umur. Unit 910 – 1,556 kaki persegi, sehingga 4+1 bilik. Berdekatan 26 sekolah dalam radius 5 km dan hanya 1.3 km dari dua stesen LRT3 akan datang.

Greenwoods Senna @ Salak Perdana, Sepang

Greenwoods Senna

Terletak di atas tanah pegangan bebas, Greenwoods Senna @ Salak Perdana menawarkan 368 unit Semi-D Berkembar dengan reka bentuk berkeluasan antara 34′ x 65′ hingga 44′ x 75′, menampilkan konsep susun atur terbuka serta dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi. 

Justeru, Greenwoods Senna adalah kediaman moden yang dikelilingi persekitaran mesra dan hijau, di mana anda boleh menikmati kehidupan moden dan lestari.

Lumeo @ The Atera, Petaling Jaya

the Atera

Pembangunan bertingkat tinggi berorientasikan transit (TOD), hanya 5 minit berjalan kaki (400 m) dari Stesen LRT Asia Jaya melalui laluan berbumbung. 

Menampilkan unit semi-perabot pintar 775 – 1,420 kaki persegi, pensijilan GreenRE Silver dan 61 kemudahan gaya hidup dalam komuniti PJ yang selamat dan dinamik.

Wilayah Utara

Seiras Residences @ Utropolis Batu Kawan, Pulau Pinang

Seiras Residences

Kediaman berkonsep co-living moden di tengah Batu Kawan. Menawarkan unit 1,033 kaki persegi dengan susun atur dual-key dan triple-key yang unik. 

Kemudahan co-living diperincikan dengan teliti, 1 km dari Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Bukit Banyan, Sungai Petani

Bukit Banyan

Township pertama berpagar dan berpengawal di Sungai Petani dengan taman bukit 25 ekar yang memenangi anugerah, menampilkan sembilan taman bertema. 

Unit terkini termasuk Aspera (rumah teres 2 tingkat), Meera Grand (rumah fleksibel 35’ × 80’) dan The Ridge Garden (rumah semi-d dan banglo mewah sehingga 55’ × 100’).

Paramount Embun Hills, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Paramount Embun Hils

Komuniti eksklusif berpagar dan berpengawal di atas tanah bebas pegangan seluas 69.2 ekar, berhampiran Hutan Simpanan Bukit Mertajam. 

Fasa pertama menawarkan 187 rumah teras dan kluster semi-d 2 tingkat (2,230 – 2,509 kaki persegi) serta 30 lot komersial. 

Maybank menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk setiap pemilik rumah, daripada pembiayaan, dan perlengkapan reka bentuk dalaman, dengan pembiayaan Maybank serta perlindungan untuk rumah dan isinya sekali dengan Maybank Bancassurance. Dengan pembiayaan Maybank MyDeco, setiap pemilik rumah dapat mengubah rumah kepada kediaman impian. 

Pembeli rumah yang berminat dengan skim pembiayaan ini boleh mengunjungi galeri jualan Paramount atau menghubungi pasukan jualan untuk mengetahui bagaimana pembiayaan Maybank MyDeco dapat membantu menjadikan rumah idaman satu realiti. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi: https://paramountproperty.my/mydeco/ atau hubungi 03-5870-9100. Untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan Maybank MyDeco, sila layari: maybank.my/homedeco.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas