Connect with us

Oh! Media

Tular CCTV Mayat Dipindahkan Ke Tepi Bangku Batu, Polis Tangkap 5 Suspek Warga Asing

Ohmedia warga Asing

Trending

Tular CCTV Mayat Dipindahkan Ke Tepi Bangku Batu, Polis Tangkap 5 Suspek Warga Asing

Polis tahan lima warga asing bantu siasatan kes bunuh di Mahkota Cheras.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup yang dipercayai menunjukkan sekumpulan lelaki memindahkan mayat seorang lelaki di Bandar Mahkota Cheras.

Mangsa kemudiannya ditemukan penduduk dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan maut dengan kesan tikaman.

Lima suspek warga asing ditahan polis

Dalam perkembangan terbaru, Sinar Harian melaporkan polis telah menahan lima lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

IKLAN
View on Threads

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan lelaki bukan warganegara berusia lingkungan 20-an.

Mangsa dipercayai bekerja di sekitar kawasan kejadian sebelum ditemukan maut pada Isnin lalu.

Seorang suspek telah ditahan semalam (Isnin) dan dibenarkan reman selama enam hari, manakala empat lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Motif kejadian masih dalam siasatan

Naazron turut memaklumkan saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka negatif dadah. Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Memang menyeramkan bila rakaman seperti ini tular dan akhirnya dikaitkan pula dengan kes kematian akibat tikaman. Dalam situasi begini, orang ramai sebaiknya elak membuat andaian melulu sementara pihak polis melengkapkan siasatan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas