Connect with us

Oh! Media

“Mesti Brother Tu Menyesal Tolak Interview”- Lain Macam Orang Malaysia Belanja Perkakas Rumah

Ohmedia paramount

Oh! +

“Mesti Brother Tu Menyesal Tolak Interview”- Lain Macam Orang Malaysia Belanja Perkakas Rumah

Apalah agaknya abang yang first tu rasa lepas tengok video ni?

Bayangkan korang tengah keluar jalan-jalan dekat Pavilion Bukit Jalil, sekadar nak window shopping atau habiskan waktu. Tiba-tiba ada orang datang nak temu bual, agak-agak korang ‘onz’ tak?

Itulah yang terjadi kepada beberapa rakyat Malaysia yang bertuah apabila mereka secara rawak diajak untuk menjawab soalan tentang rumah. Siapa sangka, hanya dengan menjawab beberapa soalan mudah, mereka akan pulang dengan tangan penuh hadiah menarik!

Dalam satu video yang kami tonton baru-baru ni, seorang lelaki dan wanita ditanya tentang tempat kegemaran mereka di rumah. Ada yang suka lepak di ruang tamu, ada yang lebih suka habiskan masa di dapur memasak hidangan kegemaran.

IKLAN

Soalan-soalan santai yang tampak biasa ini sebenarnya membawa kepada kejutan besar yang tidak mereka jangkakan!

Menang Mini Shopping Spree Di SenQ. Syok Tu!

Untungnya~

Bayangkan bila korang jawab temu bual tanpa sebarang expectation, kemudian pengacara cakap korang menang mini shopping spree?

Time ni la nak upgrade sistem bunyi untuk pengalaman Netflix yang lebih mantap macam abang ni. Seorang lagi kakak yang ditemu bual memilih gajet dapur terkini untuk menjadikan sesi memasak lebih seronok dan kreatif.

Nampaklah kedua-kedua mereka jelas teruja bawa balik hadiah, macam bulan jatuh ke riba!

Daripada alat teknologi terkini sehinggalah barangan rumah yang praktikal, setiap pemenang mendapat sesuatu yang benar-benar mengubah pengalaman mereka di rumah.

Ini bukan sahaja mengenai hadiah fizikal- tetapi juga mengenai keterujaan yang tercipta daripada sesuatu yang tidak dijangka!

Lepas ni kalau ada orang nak interview, korang layan je. Mana tau, korang yang bertuah bawa hadiah idaman!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas