Connect with us

Oh! Media

Baru Diberhentikan Kerja & Tiada Back Up Plan? Ini BANTUAN Yang Anda Kena Tahu!

Hilang Kerja

Oh! Negara

Baru Diberhentikan Kerja & Tiada Back Up Plan? Ini BANTUAN Yang Anda Kena Tahu!

Akhir-akhir ni banyak video yang lalu di FYP kami, pekerja menangis akibat diberhentikan kerja. Rata-rata hanya ingin berkongsi kesedihan tapi kita yang tengok pun nangis sekali.

Bayangkan masuk kerja happy macam selalu, tiba-tiba HR panggil dan bagitau, syarikat terpaksa tamatkan kontrak kerja. 

Zaman sekarang, kerja tak lagi seumur hidup. Kadang baru setahun dua dah kena berhenti. Bukan kita ada buat salah, tapi sebab syarikat tutup, projek habis, atau ekonomi tak menentu.

Bila kerja terhenti, pendapatan pun berhenti. Tapi bil, sewa, dan komitmen lain tetap kena bayar setiap bulan. Ramai yang pernah rasa situasi ni. Perit, tapi nyata.

IKLAN

Sebab itu kerajaan melalui PERKESO nak pastikan pekerja ada perlindungan bila hilang kerja. 

Dengan pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2025, bantuan bukan sekadar untuk hari ini, tapi juga untuk bantu pekerja bangkit semula dan cari peluang baru.

Langkah ini menyusul selepas pelancaran Lindung 24/7, skim yang melindungi pekerja bukan sahaja masa bekerja, tapi juga di luar waktu kerja. Dua reformasi ini berbeza tujuan, tapi dengan tujuan yang sama. Memastikan pekerja sentiasa dilindungi, tak kira apa yang berlaku.

Apa Itu Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2025

Snapinstato 572928726 18078679910512457 6804159308546055826 n

Macam kita ambil insurans untuk kesihatan atau kereta, SIP pun satu bentuk insurans. Tapi untuk pekerjaan kita.

Kalau hilang kerja, SIP akan bagi bantuan kewangan sementara, dan pada masa sama, bantu pekerja ikuti latihan semula supaya boleh bina kerjaya baru.

Senang cerita, SIP ni tolong korang untuk develop kemahiran baru untuk bangun dan teruskan hidupan.

Kenapa SIP Ni Penting Untuk Pekerja?

Sejujurnya tiada siapa yang bersedia untuk hilang kerja. Tapi setiap tahun, ribuan rakyat Malaysia terpaksa melaluinya.

Sejak 2018, lebih 363,000 pekerja dah menerima manfaat SIP dengan jumlah bayaran melebihi RM900 juta. Bagi kebanyakan orang, bantuan ni jadi penyambung hidup. Menampung perbelanjaan keluarga, bayar sewa, dan terus mencari kerja baru.

Tanpa perlindungan seperti ini, ramai mungkin terpaksa bertahan sendirian. SIP bukan sekadar bantuan kewangan, ia peluang kedua untuk pekerja bangkit semula dengan lebih kuat.

Pindaan Baru Akta SIP 2025

Melalui pindaan Akta SIP 2025, kerajaan akan tambah baik dan perluas manfaat untuk pekerja yang kehilangan kerja.

Antara penambahbaikan utama:

  • Elaun latihan harian dinaikkan daripada RM20 kepada RM30.
  • Fi latihan maksimum meningkat daripada RM4,000 kepada RM7,000.
  • Dan buat kali pertama, akan ada Elaun Bantuan Mobiliti sebanyak RM1,000. Untuk bantu pekerja yang perlu berpindah ke tempat kerja baharu.

Faedah baharu dan kadar ditambah baik:

FaedahKadar LamaKadar Baharu
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)3-6 bulan daripada gaji pokok

Bulan PERTAMA: 80%
Bulan KEDUA: 50%
Bulan Ke 3-4: 40%
Bulan Ke 5-6: 30%
Tidak Berubah
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)25% daripada baki EMP yang belum dibayar50% daripada baki EMP yang belum dibayar
Elaun Latihan (EL)RM10–RM20 sehariRM30 sehari
Fi Latihan (FL)Sehingga RM4,000Sehingga RM7,000
Elaun Bantuan Mobiliti (EBM)

*Untuk individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100 kilometer (km) dari tempat bermastautin
BaharuRM1,000 (sekali bayar)

Dunia Tak Berhenti Berputar, Kita Kena Kuat Untuk Meneruskan Kehidupan

Matlamatnya SIP ni mudah: bila kerja hilang, hidup tak perlu berhenti.

Melalui Akta SIP 2025 yang diperkukuh, kerajaan mahu memastikan setiap pekerja, sama ada di bandar atau luar bandar tak dibiarkan terpinggir bila terkesan dengan perubahan kerja.Setiap perubahan baru, dari Lindung 24/7 hingga SIP 2025, bawa kita lebih dekat dengan impian sebuah negara yang benar-benar melindungi pekerja, setiap masa dan dalam setiap keadaan.

Terima kasih kerajaan kerana mendengar keperihan hidup rakyat!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas