Connect with us

Oh! Media

Shuib Anggap Kes Mahkamah Dugaan Kecil Perniagaan Berbanding Kehilangan Isteri Tercinta

Shuib mahkamah

Trending

Shuib Anggap Kes Mahkamah Dugaan Kecil Perniagaan Berbanding Kehilangan Isteri Tercinta

Pelawak terkenal, Shuib kini berdepan dua kes mahkamah berkaitan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan cukai perkhidmatan. 

Menurut laporan mStar, Shuib menyifatkan perkara ini sebagai salah satu ujian biasa dalam dunia perniagaan.

IKLAN

Apa yang boleh dibincangkan, saya akan berbincang dan kalau saya perlu ke mahkamah saya akan pergi dan tak akan lari.

Bagi Shuib, ujian ini tidak seberat kehilangan isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang dianggap sebagai cabaran paling besar dalam hidupnya.

Saya dah hadap macam-macam termasuk ada perniagaan yang bagus, tetapi Allah ambil isteri saya. Itu adalah dugaan yang berat. Jadi, apa yang saya lalui sekarang ini adalah dugaan kecil.

Shuib hadapi dugaan mahkamah dengan tenang

shuib

Meskipun perlu menghadapi isu ini di mahkamah, Shuib berkata yang perniagaannya tidak terjejas dan mendapat sambutan baik terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju ke depan. Lagipun, perniagaan saya ini bukan diboikot, malah mendapat sambutan tinggi.

Tahun 2024 penuh cabaran, tapi optimis untuk bangkit

Shuib Watie

Shuib turut mengakui bahawa tahun 2024 merupakan tahun yang mencabar buat dirinya dan syarikat tapi dia tetap optimis untuk bangkit dengan perancangan baharu pada tahun 2025.

Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum menyerah kalah dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai kakitangan yang nak saya berjuang sehingga perkara ini pulih kembali.

Allah itu Maha Kaya, kalau nak bagi, Dia bagi dan kalau nak tarik, Dia boleh tarik… cuma saya akui 2024 ini bukan tahun yang baik buat saya dan syarikat.

Dia percaya bahawa setiap dugaan yang berlaku adalah peluang untuk belajar dan memperbaiki diri serta perniagaan ke arah yang lebih baik.

#OhmediaNasihat

Setiap ujian yang datang dalam hidup adalah peluang untuk kita bermuhasabah dan bangkit lebih kuat. Jangan cepat menyerah kalah kerana di sebalik setiap dugaan, pasti ada hikmah yang menanti.

Belajarlah untuk tenang seperti Shuib, dan teruskan usaha ke arah kejayaan. Ingat, rezeki itu milik Allah, dan Dia boleh beri semula jika kita berusaha dan bertawakal.

Shuib mahkamah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas