Connect with us

Oh! Media

watie

Oh! Artis

“Bertahun Tak Ambil Gaji” – Shuib Dituduh Guna Wang Perkeso Untuk Umrah? Ini Penjelasan Watie

Baru-baru ini, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan membabitkan caruman PERKESO, tahun lalu.

Denda yang dikenakan membuatkan segelintir netizen menyindir Shuib sehingga tergamak menuduhnya mengerjakan umrah menggunakan duit PERKESO pekerja.

IKLAN

Watie dedah Shuib dah bertahun tak ambil gaji

Tetapi, tuduhan itu sudah dinafikan Shuib yang menganggap ianya fitnah keterlaluan. Isterinya, Watie Hanifiah turut tampil mempertahankan suaminya.

shuib

Menurut Watie, Shuib sudah lama tidak mengambil sebarang gaji malah Shuib dikatakan sering menggunakan wang simpanannya sendiri untuk membayar gaji pekerja syarikat.

Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Jadi suami mummy orang yang hebat lah kan. Alhamdulilah.

Dalam keadaan yang mencabar ini, Watie turut berharap Shuib diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan.

#OhmediaNasihat

Sudah menjadi lumrah sebagai artis, apa je yang dilakukan mesti akan menjadi perhatian pengikut. Namun, tidak perlulah menuduh atau menfitnah tanpa usul periksa. Bagi syarikat pula, setiap perniagaan memerlukan ketelusan dan amanah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kebajikan pekerja.

watie

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Watie Hanafiah


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas