Syarikat milik pelawak dan usahawan, Shuib telah dikenakan denda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan berkaitan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lepas.
Terbaru! Menerusi Instagram Dol Podcast, ada seorang individu meninggalkan komen dan mencadangkan topik menarik yang boleh Shuib kupas dalam podcastnya. Rasa-rasa apa dia?
Netizen cadang Shuib bincang isu caruman Perkeso pekerja dalam podcast
Kalau korang tengok komen individu itu, dia meminta Shuib untuk berbincang tentang topik ‘tidak membayar Perkeso’ dalam podcastnya.
Komen tersebut telah mendapat perhatian Shuib yang menganggap bahawa idea berkenaan menarik untuk dijadikan topik berbincangan.
Sebelum ini, Shuib menyifatkan denda yang diterimanya sebagai ujian dalam bidang perniagaan.
BACA: Kenyataan Shuib Mengenai Kes Caruman Pekerja Undang Kritikan Netizen
Bukan tu jer, dia juga berazam untuk memperbaiki aspek yang kurang dalam perniagaannya bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku di masa akan datang.
Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan. Inilah adat orang berniaga. Saya kena bersedia menghadapi apa saja ujian yang datang dalam perniagaan.
Usahawan itu juga akui yang berita itu telah mencalafkan reputasi syarikatnya tapi dia tetap positif untik bangkit dari situasi itu.
#OhmediaNasihat
Dalam menjalankan perniagaan, aspek pematuhan undang-undang dan kebajikan pekerja harus diutamakan bagi menjaga reputasi dan kepercayaan pelanggan.
Setiap cabaran yang dihadapi adalah pengajaran berharga untuk perbaiki kekurangan. Bagi usahawan di luar sana, jadikan ini sebagai peringatan untuk sentiasa patuh dengan tanggungjawab korporat dan bersedia untuk hadapi cabaran dengan profesional.