Connect with us

Oh! Media

Hampir Sampai Ke Gaza Sebelum Ditahan, Kapal Mikeno Dipimpin Kapten Dari Turki Raih Pujian

Ohmedia kapal Mikeno

Trending

Hampir Sampai Ke Gaza Sebelum Ditahan, Kapal Mikeno Dipimpin Kapten Dari Turki Raih Pujian

Aksi kapal Mikeno dalam misi flotilla cetus perhatian dunia. Kapten Turki, Muhammad Kuchuktigin dipuji.

Petang semalam menunjukkan detik paling mendebarkan apabila salah sebuah kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Mikeno menghampiri perairan Gaza.

Namun, kapal tersebut dipintas tentera IDF menyebabkan semua ditahan dan dibawa ke pelabuhan di Ashdod.

Keberanian kapal Mikeno dipuji

Kapten Mikeno

Dalam perkongsian rasmi Global Sumud Flotilla di X, mereka memuji keberanian kru kapal tersebut yang berjuang dengan semangat kental.

IKLAN

Kapal itu diketuai Muhammad Kuchuktigin, kapten asal Turki dan tujuh sukarelawan yang lain. Salah seorang berada di kapal adalah wakil daripada Malaysia iaitu Ardell Aryana.

Dilaporkan, kapal Mikeno berjaya memasuki perairan Gaza dan belayar paling hampir dengan wilayah bergolak itu.

Aksi penuh berani mereka mencuri tumpuan dunia selepas berjaya mengelak daripada dipintas rejim Israel.

On off radar elak dikesan

Menurut GSF, Mikeno telah mematikan dan menghidupkan radar sejak jam 3 pagi waktu Gaza bagi mengelak daripada dikesan tentera Israel.

Mikeno

Mereka belayar sejauh kira-kira 60 batu nautika dari pesisir Gaza, sesuatu yang dianggap pencapaian luar biasa dalam situasi getir ini.

Tindakan mereka membuktikan bahawa perjuangan flotilla bukan sekadar misi bantuan, tetapi juga lambang solidariti antarabangsa untuk Palestin.

Pssttt! Keberanian kru Mikeno menjadi inspirasi buat seluruh dunia yang menyaksikan bagaimana semangat kemanusiaan mampu melawan ketakutan walau berdepan kuasa tentera yang zalim.

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas