Connect with us

Oh! Media

Anwar Desak Rejim Zionis Bebaskan Aktivis GSF Segera!

Anwar Ibrahim Palestin

Trending

Anwar Desak Rejim Zionis Bebaskan Aktivis GSF Segera!

Malaysia tidak akan berdiam diri, akan terus desak sehingga semua dibebaskan!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan rejim Zionis Israel yang memintas konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan menahan aktivis serta sukarelawan antarabangsa, termasuk dari Malaysia.

Ini misi kemanusian dunia untuk rakyat Palestin

556884578 1383060546508842 3920571282224694846 n

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, Anwar menegaskan bahawa kerajaan menuntut pembebasan segera semua aktivis terbabit kerana misi itu hanyalah membawa bantuan kemanusiaan bersama orang awam yang tidak bersenjata untuk rakyat Gaza.

“Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel,” katanya.

Beliau menekankan, flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia yang membawa sinar harapan buat rakyat Palestin yang terus hidup di bawah sekatan kezaliman.

IKLAN

Keselamatan rakyat Malaysia jadi keutamaan

 6264602305848527307 x 1

Menurutnya, kerajaan Malaysia akan menggunakan segala langkah sah berasaskan undang-undang antarabangsa untuk menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya kerana warganegara Malaysia turut terlibat.

“Keselamatan rakyat Malaysia adalah keutamaan dan kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak serta maruah mereka dicabuli,” tegasnya.

Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia untuk kekal berdiri teguh bersama rakyat Palestin, mendesak kezaliman dihentikan dan menuntut agar hak serta aspirasi mereka dikembalikan.

Setakat jam 8.20 pagi ini, seramai 12 aktivis Malaysia dilaporkan telah ditahan oleh tentera Israel Defense Forces (IDF) selepas pemintasan konvoi tersebut di perairan antarabangsa.

Mereka adalah sebahagian daripada ratusan sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi membawa bantuan penting ke Gaza.

Pssttt! Saat ini bukan masa untuk kita berbalah atau berpecah, sebaliknya masa untuk bersatu menyokong kepimpinan negara dalam menegakkan keadilan dan membela rakyat Palestin.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas