Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda Ketika Latihan Konsert, Sudah Buat Laporan Polis

Ohmedia shila Amzah

Trending

Shila Amzah Diserang Penyanyi Lagenda Ketika Latihan Konsert, Sudah Buat Laporan Polis

Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan konsert MR D.I.Y. Laporan polis dibuat.

Penyanyi terkenal Shila Amzah mengejutkan ramai apabila mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan Konsert MR D.I.Y yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka.

Menurut laporan HibGlam, perkara itu didedahkan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya semalam.

Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua. Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ terhadap keselamatan saya.

Shila Amzah sudah buat laporan polis

Shila Amzah 1

Perkongsian semula daripada pengurusnya yang dikenali sebagai Aini pula mendedahkan bahawa laporan polis telah pun dibuat berhubung insiden mengejutkan itu, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

IKLAN

Setakat ini, identiti penyanyi legenda yang dimaksudkan belum didedahkan secara rasmi, namun ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen.

Ramai artis ternama terlibat dalam konsert

Konsert Mr Diy

Difahamkan, Konsert MR D.I.Y sempena ulang tahun ke-20 jenama tersebut turut menampilkan barisan artis hebat seperti:

  • Datuk Amy Search
  • Datuk Awie
  • Ella Aminuddin
  • Jaclyn Victor
  • Penny Tai
  • Jeryl Lee
  • 3P

Ramai yang kini tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Shila, memandangkan semua nama di atas dikenali sebagai profesional dan berpengalaman luas dalam industri.

Pssttt! Hormat-menghormati dalam industri seni sangat penting, lebih-lebih lagi di tempat awam. Perbezaan pendapat tak seharusnya bertukar menjadi insiden yang mencetuskan trauma dan kebimbangan.

Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas