Oh! Geekz
Apple Dijangka Lancar iPhone 17 Air, Rekaan Sangat Nipis Dan Ringan Buat Ramai Risau!
Apple dijangka bakal menggempurkan pasaran dengan model terbaru iaitu iPhone 17 Air, yang dikhabarkan akan hadir dengan rekaan paling nipis dan ringan dalam sejarah iPhone!
Menurut laporan Fuzz.my, iPhone 17 Air dikatakan hanya setebal 5.5mm dan seberat 145 gram sahaja. Fuh, nipis macam keropok!
Bateri kecil? Apple ada plan tersendiri

Namun, rekaan yang nipis ini datang dengan kompromi pada kapasiti bateri, iaitu hanya 2800mAh, jauh lebih kecil berbanding pesaingnya seperti Samsung Galaxy S25 Edge yang mempunyai 3900mAh.
Tapi Apple bukan biasa-biasa. Mereka dipercayai akan gunakan bateri berketumpatan tinggi yang mampu tingkatkan kapasiti sehingga 15%, dan turut menyertakan fungsi penjimatan bateri berasaskan AI.
Teknologi ini dijangka bantu pengguna maksimumkan jangka hayat bateri walaupun kapasiti kecil.
Rekaan nipis buat ramai bimbang

Ramai peminat teknologi mula mempersoalkan apa lagi yang dikorbankan demi rekaan nipis ini. Selain bateri, antara kebimbangan lain adalah pada keupayaan kamera, sistem penyejukan dan ketahanan fizikal.
Tapi kalau betul iPhone 17 Air ni jadi realiti, ia mungkin jadi model yang paling bergaya, ringan dan selesa diguna setakat ini!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM