Connect with us

Oh! Media

“Tolong Encik, Tolong Selamatkan Saya” – Rintihan Terakhir Pemandu Trak FRU Undang Sebak

Ohmedia kemalangan anggota fru

Oh! Negara

“Tolong Encik, Tolong Selamatkan Saya” – Rintihan Terakhir Pemandu Trak FRU Undang Sebak

Al-Fatihah buat anggota FRU yang terkorban. Tragedi yang meragut sembilan nyawa anggota keselamatan negara di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, Selasa semalam nyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Namun yang paling menyayat hati, apabila salah seorang mangsa sempat merayu dalam keadaan tersepit sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Rintihan anggota FRU yang takkan dilupakan anggota penyelamat…

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khusni Saidin antara individu yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat nahas ngeri itu berkongsi momen pilu yang masih menghantui fikirannya hingga kini.

IKLAN

Detik paling menyentuh hati ialah apabila pemandu trak FRU yang masih sedar merayu agar diselamatkan. Kami cuba sedaya upaya memberikan bantuan, tetapi keadaan amat sukar.- Katanya.

Beliau berkata suasana ketika itu sangat menyentuh emosi, bahkan ramai anggota bomba yang tidak dapat menahan air mata melihat keadaan mangsa.

Malah anggota FRU lain juga menangis melihat keadaan rakan-rakan mereka yang parah dan tidak sedarkan diri.- Tambahnya lagi.

Kemalangan tragis ragut 9 nyawa anggota FRU…

Fru

Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar jam 8.51 pagi apabila sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil dipercayai mengalami kerosakan pada sistem stereng sebelum terbabas dan merempuh trak FRU yang membawa 18 anggota.

Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu trak FRU yang sempat merintih kepada pasukan penyelamat meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Siasatan awal mendapati kegagalan sistem stereng lori menjadi punca utama tragedi berkenaan yang mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan negara.

Pssttt! Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada semua pihak agar aspek keselamatan kenderaan berat diberi perhatian serius. Ia juga mengingatkan kita betapa besar pengorbanan anggota keselamatan yang sentiasa berada di barisan hadapan, bukan sahaja ketika rusuhan atau kecemasa.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas