Connect with us

Oh! Media

Faisal Halim Terlibat Insiden Ketika Perlawanan Sehingga Patah Hidung

Faisal Halim

Trending

Faisal Halim Terlibat Insiden Ketika Perlawanan Sehingga Patah Hidung

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi diuji apabila mengalami kecederaan patah hidung ketika perlawanan menentang PDRM FC malam tadi.

Menerusi Instagram, perkara itu telah dikongsikan sendiri Faisal yang memaparkan gambar luka di hidung dan imbasan x-ray kecederaan tersebut.

Faisal Halim terkena siku pemain lawan

Insiden malang itu berlaku pada minit ke-54 perlawanan apabila Faisal dipercayai terkena siku kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor.

IKLAN

Harga yang mahal terpaksa dibayar Faisal Halim malam ini.

Difahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor.

Walaupun berdepan kecederaan, pasukan Selangor FC tetap cemerlang apabila berjaya menewaskan PDRM FC dengan kemenangan 2-0.

Pernah disimbah asid, kini datang ujian lagi

Faisal Halim

Faisal Halim sebelum ini turut menjadi perhatian ramai selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Kota Damansara pada Mei tahun lalu.

Akibat kejadian itu, beliau mengalami lecur tahap empat dan terpaksa berehat panjang daripada dunia bola sepak.

Semoga cepat sembuh Faisal, semangat jangan pernah padam. Teruskan berjuang dan jangan berhenti percaya pada kebangkitan diri sendiri.

Kredit: X | Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas