Connect with us

Oh! Media

Doktor Pakar Perjelas Tentang Zayn Rayyan, Rupanya Hanya Boleh Tutur 30 Patah Perkataan

Zayn rayyan ohmedia

Trending

Doktor Pakar Perjelas Tentang Zayn Rayyan, Rupanya Hanya Boleh Tutur 30 Patah Perkataan

Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Zayn Rayyan Abdul Matin telah didiagnosis dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) berdasarkan rekod perubatan di Hospital Selayang.

Menurut laporan Kosmo, Zayn pertama kali dibawa ke Klinik Pediatrik Hospital Selayang pada 4 Oktober 2022 dan kali terakhir mendapatkan rawatan pada 5 September 2023.

Perkara itu dikatakan sendiri Dr. Bernice Lim Pei-Yi, yang merupakan bekas pakar pediatrik di hospital tersebut.

IKLAN

Pesakit diberi diagnosis Autism Spectrum Disorder dan disarankan menghadiri terapi.

Zayn Rayyan hanya mampu menggunakan 30 perkataan

Gambar kecederaan zayn rayyan ohmedia

Dr. Bernice turut memaklumkan bahawa Zayn hanya mampu bercakap menggunakan 30 perkataan sahaja dan tidak dapat menyambung ayat, sesuatu yang tidak selari dengan perkembangan normal kanak-kanak enam tahun.

Jika seorang pesakit berumur enam tahun tidak dapat menunjukkan perkembangan selari dengan usia, ia dikira mengalami ‘delay’ (kelambatan).

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas pengabaian

Ibu bapa zayn rayyan ohmedia

Dalam perbicaraan sama, ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa atas pertuduhan mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan ini didakwa berlaku di Apartment Idaman, Damansara Damai antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan akan bersambung pada 7 April 2025 di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

#ApaKataOhmedia

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memahami keperluan khas anak-anak, terutama mereka yang berada dalam spektrum autisme. Sokongan dan perhatian yang secukupnya dapat membantu mereka berkembang dengan lebih baik. Jika anak menunjukkan tanda-tanda perkembangan lewat, segera dapatkan bantuan pakar!

Zayn rayyan ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas