Oh! Inspirasi
Majlis Dinner Paling Havoc! Bos Bagi Hadiah Kereta, Pakej Umrah Dan Rumah RM800k Buat Pekerja
Tular di media sosial perkongsian video memaparkan majlis makan malam sebuah syarikat yang paling gempak!
Mana tidaknya, dalam majlis itu, majikan menghargai para pekerja cemerlang dengan ganjaran mewah seperti kereta, tajaan umrah dan haji serta rumah bernilai hampir RM1 juta.
Pekerja dapat hadiah rumah, kereta dan pakej umrah serta haji
Difahamkan, syarikat berkenaan kepunyaan Bonda Rozita, seorang usahawan terkenal dan ibu kepada usahawan sensasi, Dato’ Aliff Syukri.
Pemilik video dikenali sebagai @kaktiii01 meluahkan rasa gembira dan menganggap majlis makan malam pada tahun ini paling havoc sepanjang 4 tahun dia berkhidmat di JRM.
Dinner paling havoc sepanjang 4 tahun
Di ruangan komen, netizen tidak berhenti memuji sikap pemilik syarikat yang pemurah dan menghargai khidmat pekerja.
Masing-masing meluahkan isi hati menyatakan mereka jarang mendapat perhargaan seperti itu. Sabar jelah ya!
#OhmediaNasihat
Hargailah pekerja anda, walaupun dengan cara sederhana. Kadangkala, sekadar ucapan terima kasih pun mampu memberi semangat luar biasa kepada mereka. Bagi pekerja pula, rezeki majikan yang baik adalah nikmat besar jadi teruskan usaha dan keikhlasan dalam pekerjaan!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: @kaktiii01
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM