Connect with us

Oh! Media

Khairy Jamaluddin Dan Dr. Athina Bongkar Mitos Kesihatan Dalam “Peluh Sekejap”

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Inspirasi

Khairy Jamaluddin Dan Dr. Athina Bongkar Mitos Kesihatan Dalam “Peluh Sekejap”

Boleh dikatakan hampir semua episod Keluar Sekejap Lagi, Ohmedia mesti akan tengok. Macam dalam episod baru ni, Khairy Jamaluddin bawakan pula pakar kesihatan, Dr. Athina Zulkifli dalam segmen “Peluh Sekejap” episod kedua.

Episod ini membincangkan mitos kesihatan, kepentingan gaya hidup aktif dan kesejahteraan mental.

Dr. Athina ajak Khairy Jamaludin fokus gaya hidup aktif…

Screenshot
Screenshot

Menurut Dr. Athina, memulakan gaya hidup sihat tidak memerlukan perubahan besar. Langkah kecil seperti berjalan kaki atau senaman ringan sudah memadai.

IKLAN

Konsistensi adalah kunci. Cari aktiviti yang menyeronokkan untuk kekal bermotivasi.- Ujarnya.

Bongkar mitos kesihatan…

Screenshot

Dalam episod ini, Dr. Athina juga membongkar pelbagai mitos kecergasan. Beliau menegaskan bahawa tidak semua diet atau trend viral sesuai untuk semua individu.

Selain fizikal, kesejahteraan mental turut menjadi tumpuan. Tekanan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan secara keseluruhan. Dr. Athina menyarankan meditasi dan rehat untuk mengurangkan stres.

Khairy Jamaluddin kongsi pengalaman hidup sihat walaupun sibuk…

Screenshot

KJ berkongsi pengalaman menjaga konsistensi bersenam meskipun sibuk. Beliau mengingatkan penonton untuk mengatasi alasan dan terus mencuba walaupun menghadapi cabaran.

Kalau korang nak tahu apa lagi yang mereka bincangkan panjang lebar, boleh la tengok episod penuh “Peluh Sekejap” di saluran YouTube Keluar Sekejap Lagi! Ada bawah ni:

#OhmediaNasihat

Menjaga kesihatan tidak perlu kompleks. Mulakan dengan langkah kecil dan konsisten. Ingat, kesejahteraan fizikal dan mental sama penting untuk kehidupan yang seimbang dan bahagia.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Keluar Sekejap Lagi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas