Connect with us

Oh! Media

Ustaz Abu Syafiq Diperintah Bayar RM2.5 Juta Kepada Khairy Jamaluddin

Oh! Negara

Ustaz Abu Syafiq Diperintah Bayar RM2.5 Juta Kepada Khairy Jamaluddin

Satu keputusan penting telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Keputusan ini dibuat selepas mahkamah mendapati beliau bersalah memfitnah Khairy berhubung pandemik COVID-19 dan program vaksinasi negara.

IKLAN

Saman fitnah ke atas Khairy Jamaluddin…

Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan menyampaikan keputusan itu setelah membenarkan saman fitnah yang difailkan oleh Khairy pada 25 Januari 2022.

Saman itu turut membabitkan Datuk Lokman Noor Adam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, sebagai defendan kedua.

Kesemua kenyataan fitnah tersebut dikatakan berlaku dalam tempoh 20 Oktober 2021 hingga 10 Januari 2022 menerusi beberapa hantaran dalam talian berkaitan isu vaksinasi COVID-19.

Ustaz Abu Syafiq diarah padam hantaran berkaitan…

Abu Syafiq menerusi satu hantaran sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk memadam semua hantaran serta video berkaitan isu vaksin dan Khairy.

Tindakan itu hadir selepas perintah mahkamah menyebelahi Khairy, yang turut menuntut pampasan berbentuk ganti rugi am, teladan dan teruk, termasuk permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, kes terhadap Lokman Noor Adam diselesaikan secara baik pada 15 April 2024. Lokman bersetuju untuk memohon maaf dalam masa 30 hari selain membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

Pssttt! Kes ini mengingatkan kita tentang pentingnya berfikir sebelum berkongsi. Kebebasan bersuara bukan lesen untuk menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi dalam isu kritikal seperti kesihatan awam.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas