Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Kelantan Dan 5 Suspek Ditangkap Kes Dadah, Keluarga Dakwa Ada Unsur Khianat

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 05t114121887

Trending

Penyanyi Kelantan Dan 5 Suspek Ditangkap Kes Dadah, Keluarga Dakwa Ada Unsur Khianat

Baru-baru ini tular seorang penyanyi berasal dari Kelantan dan 5 orang lagi rakyat Malaysia telah ditangkap di sebuah hotel Sungai Golok, Thailand bersama 6,000 bahan terlarang jenis pil kuda.

Dalam serbuan, dikatakan terdapat dua orang lagi suspek yang berjaya melarikan diri dan sehingga sekarang masih belum dapat dikesan.

Selepas diperiksa menerusi air kencing keenam-enam suspek didapati ‘positif’ Methampitamine dan mereka telah ditahan reman 3 bulan di penjara Narathiwat.

IKLAN

Dalam pada itu, salah seorang daripada ahli keluarga suspek telah mendakwa penangkapan ini mempunyai unsur perangkap daripada 2 lagi suspek yang berjaya melarikan diri sebelum ini.

Tambahnya lagi, mereka turut mempunyai voicenote yang dikatakan bukti adanya unsur-unsur khianat tersebut.

Ejen guaman dari Thailand ada tawar untuk bantu. Pihak kerajaan Thailand dan Malaysia pun tahu benda ni khianat. Memang kedua-dua pihak tahu. Tu la kita boleh cakap.

Walaubagaimanapun, pihak keluarga memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi tentang perkara ini. Siasatan lanjut juga akan dilakukan oleh pihak PDRM.

#OhMediaNasihat

Dalam kes yang melibatkan undang-undang dan isu berat seperti ini, sebaiknya kita elakkan membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin. Beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 11 05t114121887

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @abeawani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas