Connect with us

Oh! Media

“Tak Masuk Syurga Wanita Ini…”- Tok Adi Tegur Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab

Ohmedia tok adi tanah kubur

Oh! Artis

“Tak Masuk Syurga Wanita Ini…”- Tok Adi Tegur Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab

“Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie,”- kata Tok Adi, watak ikonik yang dimainkan Nasir Bilal Khan dalam drama Tanah Kubur. Dialog ini diucapkan dalam satu video promosi produk kambing perap yang tular.

Dalam video tersebut, Tok Adi menegur pasangan suami isteri yang sedang bergaduh. Sang isteri dilihat tidak puas hati dengan suaminya yang hanya bekerja di kedai makanan segera, berbanding dirinya yang mempunyai kerjaya hebat. Malu dengan pekerjaan suaminya, dia meminta cerai.

Pesanan Tok Adi tentang penceraian….

Tok Adi kemudian menegur isteri tersebut dan memberi penjelasan tentang nafkah sebenar dalam rumah tangga.

IKLAN

Astagfirullahalazim. Jangan suka-suka minta cerai. Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie, kalau suami dah penuhi keperluan nafkah asas. Kereta dan perhiasan semua, bukan nafkah.- Petikan skrip yang dilontarkan Tok Adi.

Dialog berani tapi ada kebenarannya…

Dialog Tok Adi ini menarik perhatian ramai, apatah lagi isu nafkah dan penceraian sering menjadi topik hangat ketika ini. Ramai netizen bersetuju bahawa apa yang diucapkan Tok Adi ada betulnya, terutama dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Walaupun video ini hanyalah rakaman promosi produk dan tiada kaitan dengan kehidupan sebenar, ia tetap memberi kesedaran tentang pentingnya memahami tanggungjawab suami isteri.

@pakmatwesterncafee

Inilah kisah paling meruntun jiwa , Sepanjang 10 tahun Pak Mat hasilkan Video Pemasaran 😭#tanahkubur #nasirbilalkhan

♬ original sound – pakmatwesternhq – PAK MAT WESTERN HQ

#OhmediaNasihat

Nasihat Ohmedia kepada korang, bila berhadapan dengan masalah dalam rumah tangga, cuba selesaikan dengan baik tanpa emosi melampau.

Jangan mudah minta cerai kalau masalah masih boleh diatasi. Ingatlah, menjaga keharmonian rumah tangga itu tanggungjawab bersama. Semoga kita semua dapat ambil pengajaran dari kisah ini!

Ohmedia tok adi tanah kubur

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Pak Mat Western


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas