Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dakwa Ada Individu Jual ‘Lolipop’ Mengandungi Dadah Di Aplikasi TikTok

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 25t114300357

Trending

Lelaki Dakwa Ada Individu Jual ‘Lolipop’ Mengandungi Dadah Di Aplikasi TikTok

Baru-baru ini tular, seorang lelaki mendakwa ada individu yang menjual ‘lolipop’ yang mengandungi dadah di aplikasi TikTok.

Seorang pengguna TikTok yang lebih dikenali sebagai Daddy Rah menerusi satu hantaran video, menjelaskan bahawa ibu bapa di Thailand sudah menerima amaran tentang bahaya gula-gula tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila kewujudan gula-gula ini bukan sahaja diketahui oleh orang dewasa malah kanak-kanak bawah umur juga.

IKLAN

Masalah paling besar, bawah umur pun tahu tentang gula-gula ni. Benda ni dadah tau, gula-gula ‘lolipop’. Ibu bapa dekat Thailand dah kena amaran tentang dadah rekreasi dalam bentuk ‘lolipop’ ni.

Lepas tu ada orang jual dekat TikTok. Kau jual dadah, nanti berurusanlah dengan polis atau AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) ke.

Lelaki tersebut juga meluahkan rasa kurang senang apabila TikTok sering menyekat kandungan yang bermanfaat, namun membiarkan kandungan yang sebaliknya disiarkan.

Cuma TikTok ni aku tak faham, buat video tentang kesedaran dadah nanti video kena ‘remove’ (keluarkan). Moderator TikTok tolonglah, tak tahu la manusia atau AI (kecerdasan buatan).

Hantaran macam tu lepas, tapi yang bagi kesedaran kau orang keluarkan, apa benda? Gula-gula tu boleh lepas, memang jahanam.

Sementara itu, ada juga individu yang menjadikan perkara ini sebagai bahan gurauan dan ramai juga yang berminat untuk membeli ‘lolipop’ tersebut walaupun sudah mengetahui kandungan yang ada di dalamnya.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 25t114300357

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: @cazzrah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas