Trending
Nota Atas Tanah Jadi Bukti, Jaslinda Sempat Sampai Puncak Gunung Batu Putih
Jaslinda Saludin sempat sampai puncak Gunung Batu Putih berdasarkan nota yang ditinggalkan.
Kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah terus menjadi perhatian ramai apabila satu petunjuk ditemui di puncak gunung berkenaan.
Lapor Bernama, satu nota tulisan di atas tanah dipercayai ditinggalkan oleh Jaslinda menjadi bukti bahawa dia sebenarnya telah berjaya sampai ke puncak Gunung Batu Putih sebelum dilaporkan hilang.
Jaslinda dipercayai tinggalkan nota

Perkara itu disedari Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman.
Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana. Dia cuma maklum dia kata dia dah sampai puncak.
Jelasnya, tulisan “HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” dipercayai ditinggalkan Jaslinda kerana telefon bimbit milik wanita itu telah kehabisan bateri sejak pada peringkat awal pendakian lagi.
Kemungkinan dia (Jaslinda) sampai (puncak Gunung Batu Putih) 10 pagi (pada 24 Mei lepas), saya sampai kira-kira 10.45 pagi, saya sedar benda itu (ukiran tulisan tersebut) sekitar 11 pagi. Jadi, dia nak maklumkan dia dah sampai puncak itu kepada saya.
Hafiz berkata, dia kemudian mengambil gambar tulisan tersebut menggunakan telefon bimbitnya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon memaklumkan operasi SAR akan memberi tumpuan di sekitar jajaran Sungai Ayer Busok.
Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei.
Jaslinda bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti.
Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei kira-kira jam 7.30 pagi.
Pssttt! xxxxx
Kredit: Bernama | Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.