Oh! Tidak
Haram Jadah Netanyahu Dikejarkan Ke Hospital
Benjamin Netanyahu dibawa ke hospital di Baitulmaqdis untuk rawatan pergigian, kesihatan beliau kembali jadi perhatian.
Si HARAM JADAH Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan dibawa ke Hospital Hadassah Ein Kerem di Baitulmaqdis pada malam Isnin.
Menurut pejabatnya, pemimpin berusia 76 tahun itu menerima rawatan pergigian di hospital berkenaan. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan mengenai keadaan sebenar atau prosedur yang dijalankan.
Media haram jadah dakwa hanya buat rawatan gigi

Memetik laporan The Times of Israel, Netanyahu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan pergigian. Setakat ini, pejabatnya hanya mengesahkan rawatan tersebut tanpa berkongsi maklumat lanjut. Jadi, belum dapat dipastikan sama ada ia rawatan biasa atau melibatkan prosedur tertentu.
Sebelum ini, tahap kesihatan Netanyahu pernah menjadi perhatian selepas beliau mendedahkan pernah menjalani rawatan bagi kanser prostat peringkat awal.
Beliau bagaimanapun menyatakan dirinya kini berada dalam keadaan sihat. Netanyahu juga sebelum ini mengakui pernah menangguhkan pengumuman laporan kesihatannya bagi mengelakkan Iran menggunakan perkara itu sebagai bahan propaganda.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Netanyahu beberapa kali menerima rawatan kesihatan. Antaranya termasuk pemasangan perentak jantung pada 2023 dan pembedahan hernia pada 2024. Terbaru, rawatan pergigian ini sekali lagi membuatkan keadaan kesihatannya menjadi perhatian ramai.
Pssttt! Bila melibatkan kesihatan pemimpin dunia, memang cepat sahaja jadi perhatian dan bahan spekulasi. Apa pun, lebih baik tunggu kenyataan rasmi daripada buat andaian yang bukan-bukan.
Kredit: Media Haram Jadah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.