Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Polis Dapati Sesuatu Lepas Lakukan Saringan Kesihatan Terhadap Kanak-Kanak Dan Remaja Di Rumah Kebajikan GISBH

Untitled Design   1

Trending

Akhirnya Polis Dapati Sesuatu Lepas Lakukan Saringan Kesihatan Terhadap Kanak-Kanak Dan Remaja Di Rumah Kebajikan GISBH

Beberapa hari lepas, syarikat GISB Holdings telah mengeluarkan kenyataan selepas tersebar berita tentang penderaan fizikal dan seksual yang berlaku lebih 10 tahun di rumah kebajikan kumpulan mereka.

BACAGISBH Keluarkan Kenyataan Selepas Isu Penderaan Fizikal Dan Seksual Tersebar!

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, polis berjaya selamatkan kanak-kanak dan remaja dalam Op Global di 18 rumah kebajikan di Selangor serta Negeri Sembilan mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baru selain kecederaan mental pada mereka.

IKLAN

Perkara itu didapati selepas polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan kesihatan terhadap kesemua mangsa.

Seramai 172 mangsa terdiri daripada 130 lelaki dan 42 perempuan sudah menjalani saringan kesihatan setakat ini dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Daripada pemeriksaan, kita (polis) terkesan mangsa mempunyai kesan kecederaan baru dan lama. Selain kecederaan fizikal, kita juga dapati terdapat kesan kecederaan pada emosi dan mental mereka.

Oleh itu terdapat keperluan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap mental dan fizikal.

Bukan tu jer, rakaman keterangan ke atas semua mangsa juga telah diambil dan mendapati mereka telah dipisahkan daripada keluarga masing-masing dan diletakkan di bawah jagaan rumah amal tersebut.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas