Connect with us

Oh! Media

GISBH Keluarkan Kenyataan Selepas Isu Penderaan Fizikal Dan Seksual Tersebar!

Ohmedia photo 6271277887617351059 y

Trending

GISBH Keluarkan Kenyataan Selepas Isu Penderaan Fizikal Dan Seksual Tersebar!

Syarikat GISB Holdings hari ini telah mengeluarkan kenyataan selepas tersebar berita tentang penderaan fizikal dan seksual yang berlaku lebih 10 tahun di rumah kebajikan kumpulan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebentar tadi mendedahkan terdapat bukti yang mengaitkan syarikat ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) dengan kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Justeru itu, 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan telah diselamatkan melalui Operasi Global yang telah dijalankan.

IKLAN

Walau bagaimanapun, GISBH menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa mereka sekali-kali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

Photo 6271417349500421167 y

Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB Holdings Sdn Bh. Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

Oleh yang demikian, GISBH sedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan isu ini.

Ohmedia photo 6271277887617351059 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: GISBH

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas