Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman mengatakan telah menerima satu laporan berkenaan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar.
Rangka manusia itu ditemui oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut.
Hasil pemeriksaan menjumpai kain pelekat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.
Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut.
Spesimen tulang manusia itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM