Connect with us

Oh! Media

“Ada Lagi Yang Sampai RM200k” – Zukie Dedah Pernah Dapat RM90,000 Sebulan Hasil Video Di Youtube

Ohmedia zukie

Oh! Artis

“Ada Lagi Yang Sampai RM200k” – Zukie Dedah Pernah Dapat RM90,000 Sebulan Hasil Video Di Youtube

Siapa tak kenal dengan Youtuber Zukie yang banyak menghasilkan pelbagai jenis video di Youtube. Video yang dihasilkan sebenarnya mendatangkan pendapatan lumayan sehingga mencecah RM90,000 sebulan.

Perkara itu didedahkan Zukie menerusi satu sesi podcast bersama pempengaruh Yousaf. Kata Zukie, pendapatan itu diraih ketika dia menghasilkan drama bersiri komedi sebanyak 14 episod.

Setiap minggu dia akan mengeluarkan satu episod dan pendapatan RM90,000 adalah tertinggi diperolehi ketika itu.

IKLAN

Namun kata Zukie, perkara itu tidaklah mengejutkan kerana ada Youtuber mendapat sehingga RM200,000 sebulan.

Paling tinggi aku pernah dapat RM90,000 sebulan. Tak pernah cecah RM100,000. Time tu aku buat Naik KL, sketsa komedi berepisod. Aku buat 14 episod, seminggu satu. So setiap bulan RM70k, RM80k, naik RM90k lepas tu turun turun.

Sebagai Youtuber, Zuki mendedahkan seseorang perlu mempunyai komitmen dengan Youtube iaitu menghasilkan video secara berdisiplin.

Tak kisah kau buat content apa pun dekat Youtube, kau nak naik dekat Youtube kau kena punctual. Kalau kau buat sehari 1 video, kau kena buat 1 hari 1 video.

Menurut Zukie, 80% daripada penonton bukan datang daripada subscribers sebaliknya daripada penonton baru yang dicadangkan oleh Youtube disebabkan ‘komitmen’ yang telah diberikan.

Ohmedia zukie

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas