Oh! Artis
“Mana Peminat Kami? Adakah Kami Sudah Tak Sesuai?” – Man Raja Lawak
Pelawak Man Raja Lawak menangis merayu orang ramai menyokong lakonannya dalam filem terbaru, Saka Perawan.
Difahamkan, Saka Perawan merupakan filem komedi seram arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem ini dijayakan pelakon hebat antaranya Azlee Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan dan ramai lagi.
BACA: Man Raja Lawak Pasrah Dengan Individu Yang Tak Faham Bahasa
Namun, Man tak dapat menahan emosi apabila filem itu tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. Menerusi satu video di TikTok, pelawak ini dilihat menitiskan air mata mempersoalkan di mana peminat mereka, adakah mereka tidak sesuai lagi dalam dunia perfileman.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen antaranya mengenai poster yang dikatakan tidak menarik.

Netizen juga berkata, penonton mungkin sudah tidak berminat dengan filem komedi seram sebegitu.
Kredit: TikTok @manrajalawak5
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
