Connect with us

Oh! Media

”Saya Berasa Kecewa” – Rosmah Mansor Beri Respon Selepas Permohonan Pengampunan Najib Ditangguh

Ohmedia rosmah Mansor

Trending

”Saya Berasa Kecewa” – Rosmah Mansor Beri Respon Selepas Permohonan Pengampunan Najib Ditangguh

Rosmah Mansor kecewa selepas keputusan rayuan pengampunan Najib tidak seperti diharapkan. Beliau turut titip doa buat suami dan keluarga.

Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kecewa selepas jangkaan mereka mengenai rayuan pengampunan beliau tidak seiring dengan keputusan yang diumumkan.

Menurut laporan Harian Metro, isterinya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor berkata sebagai seorang isteri, dia turut kecewa terutama selepas melihat perkembangan membabitkan individu lain yang dibenarkan pulang ke rumah.

Sebagai seorang isteri, saya berasa kecewa. Terutamanya apabila saya membaca berita mengenai Peter Anthony yang boleh pulang ke rumah. Saya tumpang gembira untuk isterinya dan ahli keluarga mereka.

“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada cucu-cucu?” – Rosmah Mansor

Ohmedia rosmah mansor

Rosmah turut meluahkan kesukaran untuk menjelaskan situasi berkenaan kepada cucu-cucunya yang sebelum ini meletakkan harapan.

IKLAN

Bagaimana saya mahu menjelaskan kepada cucu-cucu saya mengenai harapan mereka? Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah mengajar mereka agar sentiasa berdoa dan menyerahkannya kepada Allah.

Bagaimanapun, beliau tetap berharap akan ada sinar pada masa akan datang.

Insya-Allah, satu hari nanti, pasti ada sinar di hujung terowong.

Ucap terima kasih atas sokongan terhadap Najib Razak

Najib Razak Src

Dalam pada itu, Rosmah turut merakamkan penghargaan kepada penyokong yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan kepada Najib.

Kepada penyokong yang meletakkan harapan tinggi dan kemudiannya kecewa, terima kasih di atas segala doa dan mesej sokongan anda. Suami saya tahu anda semua di luar sana sentiasa mendoakannya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan semalam.

Nota Oh! Media:
Dalam apa juga keadaan, harapan dan doa menjadi kekuatan ketika berdepan ujian. Pada masa sama, kita hormati proses serta keputusan pihak berkuasa dan mahkamah.

Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas