Connect with us

Oh! Media

Man Raja Lawak Pasrah Dengan Individu Yang Tak Faham Bahasa

Trending

Man Raja Lawak Pasrah Dengan Individu Yang Tak Faham Bahasa

Pelawak dan pelakon komedi, Man Raja Lawak menyatakan bahawa dia pasrah dengan sikap sesetengah individu yang masih menghantar pesanan mesej di ruangan peribadi Instagramnya meminta bantuan kewangan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Man, 44, memaklumkan dia terpaksa menghentikan bantuan kewangan yang dia beri kepada orang ramai kerana wang simpanannya yang semakin susut.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim ketika dihubungi berkata, dia akur saja kepada individu-individu yang masih kurang faham serta tidak peduli pun dengan pengakuannya itu.

“Setakat ini, masih ada lagi yang kirim mesej kepada saya minta bantuan kewangan. Tapi, saya biarkan saja dan saya pun tak boleh juga nak halang mereka supaya tak kirim mesej-mesej berkenaan.

“Bagaimanapun, saya harap lama-lama nanti mereka akan faham juga. Nak cakap banyak pun, kalau mereka tak nak faham dan buat-buat tak faham sekarang, biar masa menentukan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Man, dia mahu memberi lebih fokus kepada keperluan ahli keluarganya dan orang-orang yang memerlukan terutama di sekelilingnya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu. Bagaimanapun, saya doakan semoga urusan dihadapi anda semua ketika ini dipermudahkan Alllah. Malah, saya doa anda juga sentiasa sihat.

“Dengan wang tabungan yang saya ada kini, memang digunakan untuk meneruskan kehidupan sendiri bersama keluarga dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini,”katanya.

Man berterus-terang bahawa dia tidak dapat lagi menghulurkan bantuan kewangan ini melalui media sosial Instagram milik dia dan kebanyakkan orang ramai faham tindakan yang dilakukan olehnya.

Sebelum ini, ketika pelaksanaan PKP yang pertama 18 Mac tahun lalu, Man tampil menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 menerusi wang RM50,000 dimenanginya ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas