Connect with us

Oh! Media

“Dicabar Kita Bangkit, Ditekan Kita Melompat Lebih Tinggi” – Asyraf Wajdi Tegaskan UMNO Tak Akan Tunduk

Ohmedia asyraf Bn

Trending

“Dicabar Kita Bangkit, Ditekan Kita Melompat Lebih Tinggi” – Asyraf Wajdi Tegaskan UMNO Tak Akan Tunduk

Asyraf Wajdi Dusuki tegaskan UMNO tidak akan tunduk meskipun berdepan tekanan, fitnah dan tuduhan yang cuba menggugat kekuatan parti.

UMNO tidak akan tunduk atau menjadi lemah walaupun berdepan pelbagai tekanan, fitnah dan tuduhan yang didakwa bertujuan menggugat kekuatan parti.

Menurut laporan Kosmo, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai intimidasi serta tuduhan dilemparkan terhadap pimpinan parti dalam usaha mengaibkan dan mencalar reputasi mereka.

UMNO tak akan tunduk dengan tekanan

Ohmedia prn

Namun katanya, semua cabaran itu sebenarnya menjadi ujian untuk menguatkan lagi kecekalan UMNO meneruskan perjuangan.

IKLAN

Kita ini pejuang UMNO, pejuang Melayu. Dicabar kita bangkit, ditekan kita melompat lebih tinggi, dipukul kita berdiri lebih keras melawan.

Kalau layar sudah dikembang, jangan gentar ombak lautan. Kalau sabar sudah tak terkekang, lagi ditekan, lagi kuat kita lawan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Kejayaan di Johor dan Negeri Sembilan bukan mudah

Ohmedia asyraf wajdi saman

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata kejayaan yang kembali memutik di Johor dan Negeri Sembilan tidak dicapai dengan mudah.

Sebaliknya, ia hadir selepas melalui pelbagai ujian susulan usaha penyatuan ummah yang disifatkan dicemburui pihak lawan.

Menurutnya, perjuangan UMNO merupakan satu sunnatullah yang penuh dengan ujian dan hanya mereka yang sabar mampu terus bertahan ketika berdepan tekanan.

Perjuangan ini adalah sunnatullah yang penuh dengan ujian. Kerana pejuang sejati yang sabar akan kekal berdiri walau dibadai taufan.

Nota Oh! Media:
Dalam apa juga perjuangan, tekanan dan kritikan memang tidak dapat dielakkan. Yang penting, setiap pihak perlu terus berpegang kepada prinsip, menjaga adab dan memastikan segala tindakan tidak menambah perpecahan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas