Connect with us

Oh! Media

Nampak Cantik Tapi Tak Selamat, Elak Pasang 4 Aksesori Ini Pada Kereta

Ohmedia  Kereta

Oh! Gear

Nampak Cantik Tapi Tak Selamat, Elak Pasang 4 Aksesori Ini Pada Kereta

Bagi setiap pemilik kereta sudah semestinya mereka akan menghias kenderaan dengan menambah aneka aksesori, lebih-lebih lagi jika kereta baharu.

Malah, kebanyakan aksesori kereta boleh didapati di kedai dan juga secara dalam talian (online).

Namun begitu, sesetengah aksesori bukan sahaja tidak perlu digunakan, sebaliknya berpotensi membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

IKLAN

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pemuda di TikTok, dia berkongsi tip tentang kereta dan menyenaraikan empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan.

Karpet pelapik kaki dengan saiz yang tidak betul

Kereta

Karpet dengan potongan saiz yang tidak sesuai boleh menyebabkan brek tersangkut. Lebih-lebih lagi sekiranya tebal, ia mengundang risiko tanpa disedari.

Penutup papan pemuka (dashboard cover)

Kereta

Walaupun aksesori ni kelihatan cantik dengan warna atau corak yang digemari pemilik ketika dihampar di atas dashboard (papan pemuka).

Namun aksesori ini boleh menghalang pembentukan airbag (beg udara) ketika kemalangan di mana ia tidak akan terbuka dengan sempurna.

Klip tali pinggang keselamatan (seatbelt clip)

Kereta

Untuk pengetahuan korang, penggunaan aksesori ini amat berbahaya kerana ia tidak mampu menampung berat badan pemandu apabila berlaku kemalangan.

Malah, klip ini boleh tercabut ketika berlaku hentaman atau impak yang kuat, sekali gus pemandu boleh tercampak.

Sementara itu, jika aksesori ini dijumpai dalam kereta ketika kemalangan oleh pihak insurans, pemilik kenderaan berkemungkinan tidak boleh boleh membuat tuntutan insurans.

Sticker berlian pada stereng

Kereta

Jika airbag meletup ketika kemalangan berlaku, pelekat ini terpelanting dan mungkin terkena pada muka pemandu, sekali gus boleh menyebabkan kecederaan.

Ingat, jangan beli aksesori hanya kerana mahu kelihatan cantik atau trendy semata-mata. Keselamatan nyawa anda lebih berharga daripada aksesori ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 2277916
  • 2277919
  • 2277918
  • 2277918 1
  • 2277915
  • Ohmedia  Kereta
  • 2277916
  • 2277919
  • 2277918
  • 2277918 1
  • 2277915
  • Ohmedia  Kereta

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas