Connect with us

Oh! Media

Microsoft Bakal Tamatkan WordPad Dan Kemaskini Windows

Ohmedia  microsoft

Oh! Geekz

Microsoft Bakal Tamatkan WordPad Dan Kemaskini Windows

Baru-baru ini, microsoft memaklumkan yang mana WordPad tidak lagi dikemaskini dan akan dibuang serta merta melalui kemaskini akan datang Windows.

WordPad hadir terbina pada sistem operasi Windows, dan boleh digunakan untuk membuka fail-fail berformat .doc, .rtf, dan juga .txt.

Malah, WordPad turut diperkenalkan secara rasmi sekitar 28 tahun lepas, melalui Windows 95. Sejak dari itu, WordPad disertakan pada pelbagai versi Windows terbaru.

IKLAN

Wordpadjpg

Dalam pada itu, Microsoft mengalakkan pengguna menggunakan Microsoft Word dalam membuka dokumen berformat .doc dan .rtf, sementara Notepad untuk membuka dokumen .txt.

Sementara itu, Microsoft juga telah mengurangkan beberapa perisian terbina yang hadir pada Windows selain turut memberikan kemudahan untuk pengguna membuang sejumlah perisian dan aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi tersebut.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Wordpadjpg
  • Ohmedia  microsoft
  • Wordpadjpg
  • Ohmedia  microsoft

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas