Connect with us

Oh! Media

Tiga Beradik Nyaris Rentung, Ibu Bapa Tiada Di Rumah

Ohmedia tiga

Oh! Tidak

Tiga Beradik Nyaris Rentung, Ibu Bapa Tiada Di Rumah

Tiga kanak-kanak termasuk lima ahli keluarganya terselamat dalam satu kebakaran di sebuah pangsapuri di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata, kejadian ini berlaku sewaktu ibu bapa kepada tiga kanak-kanak tersebut tiada di rumah.

Menurut Saifulbahri, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang berkata, bapa kanak-kanak tersebut keluar bekerja manakala ibunya pergi ke kedai membeli barang.

IKLAN

Apabila berlaku kebakaran, ibu bapa kanak-kanak yang berusia tiga, enam dan lapan tahun bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan jiran.

Lima beranak tersebut berjaya menyelamatkan diri dan tiada yang cedera. Susulan itu seramai 15 anggota dari BBP Skudai dan BBP Iskandar Puteri dikejarkan ke tempat kejadian.

Mereka dibantu dua jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Dalam pada itu, Saifulbahri juga berkata kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bilik di tingkat tiga, apartment lima tingkat dan musnah kira-kira 80 peratus.

Malah, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 4.56 petang.

BACA: Tiga Beradik Keluar Beli Aiskrim Maut Kemalangan, Suami Isteri Akui Ujian Terlalu Berat

Terdahulu, tiga beradik yang menunggang motosikal untuk membeli aiskrim telah meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan kereta.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas