Connect with us

Trending

Suami Didakwa Cuba Bun*h Isteri, Tolak Sampai Jatuh Gaung

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba untuk membunuh isterinya dengan cara menolak ke dalam gaung.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.

IKLAN

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, berkata pihaknya telah menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 2 petang.

Hasil siasatan awal mendapati, pada hari Jumaat kira-kira jam 5.30 petang, suspek telah membawa mangsa ke Perak atas alasan pulang ke kampung.

Walau bagaimanapun, pertengkaran mulut telah terjadi antara pasangan ini, sehingga mangsa dikasari dan diugut bunuh oleh suspek.

Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau. Namun, mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.

Mangsa bertindak terjun daripada kereta, tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.

Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan. Suspek juga bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.

Difahamkan, mangsa yang berusia 32 tahun itu, menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai orang awam.

Selepas diperiksa didapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini sedang dirawat di Hospital Taiping.

Suspek kini berjaya ditahan pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas