Connect with us

Oh! Media

Suami Tarik Tudung Isteri Sebab Minta Beli Gincu, Netizen Kecewa Dengan Kekasaran Di Tempat Awam

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Suami Tarik Tudung Isteri Sebab Minta Beli Gincu, Netizen Kecewa Dengan Kekasaran Di Tempat Awam

Pertengkaran dalam rumah tangga memang perkara biasa tapi bila dah sampai ke tahap kekasaran fizikal dan verbal, terutamanya di tempat awam, ia dah masuk tahap yang membimbangkan, terutama bagi isteri yang tak mampu pertahankan diri.

Suami isteri tidak patut hidup dalam ketakutan…

Baru-baru ini, rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan satu insiden yang mencetus perhatian ramai. Pasangan suami isteri itu dilihat bertengkar di sebuah kedai ketika mereka sedang membeli barang.

Ketika berada di kaunter pembayaran, si isteri mengambil sebatang lipstik dan meletakkannya di atas kaunter tetapi si suami nampaknya enggan membayarnya.

IKLAN

Suami tolak dan rentap tudung isteri sampai tertanggal…

Pada saat ke 0:07 dalam video tersebut, si isteri yang kecewa terus beredar dari kaunter. Namun, suaminya segera menghalang dengan kasar. Dia bukan saja menolak isterinya dengan kuat malah turut merentap tudung isterinya hingga tertanggal.

Pertengkaran itu berlanjutan sehingga mereka berdua keluar dari premis. Dua pekerja di kaunter yang menyaksikan kejadian tersebut hanya mampu berdiam diri dan tidak berani untuk campur tangan.

Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kasar si suami.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas