Connect with us

Oh! Tidak

“Arwah Jatuh Di Samping Saya Dan Anak-Anak” – Suami Balik Beraya Lepas 11 Tahun, Rupanya Petanda Sebelum Meninggal

Kadang-kadang sebelum ajal menjemput, sesorang tu akan tunjukkan petanda awal. Biasanya ahli keluarga atau kenalan rapat akan tersedar perkara ini selepas mereka sudah meninggal dunia.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang tidak menyangka peluang meraikan Syawal bersama suami tercinta selepas 11 tahun akan jadi petanda pemergiannya.

IKLAN

Menerusi laporan mStar, wanita yang dikenali sebagai Nur Azlini Yazid berkata suaminya selalu tak berpeluang untuk balik beraya kerana tuntutan kerja.

11 tahun usia perkahwinan, 2024 tahun pertama direzekikan beraya bersama suami dan anak-anak sempurna berenam. Pertama dan terakhir.

Suami selalu tak dapat balik sebab rotation kerja dia dua hingga tiga bulan di laut dan dua bulan di darat.

Tambahnya, disebabkan suaminya selalu tiada ketika raya, dia dan keluarga selalu mengambil dan merakamkan momen memaikai baju raya sebagai kenangan.

Tahun terakhir ni kebetulan timing cantik. Raya masa April dan kebetulan suami sign off dua minggu sebelum, jadi adalah rezeki beraya bersama.

Katanya sebelum suaminya meninggal, arwah pernah pengsan tiga kali semasa bertugas di kapal namun doktor mengesahkan dia tak mempunyai masalah jantung kerana tidak merokok.

Tapi dia balik ke Terengganu untuk buat dua pemeriksaan jantung atas nasihat hospital.

Dia minta buat dekat sini sebab nak dekat dengan keluarga, kalau laporan perubatan baik, Rabu (3 Julai) dia akan kembali kerja.

Sempat ajar isteri guna aplikasi dan minta untuk luangkan masa berdua

Namun siapalah dia nak melawan takdir Allah, difahamkan suaminya rebah sebelum menunaikan solat Maghrib besama keluarga.

Saya kejut dia, tapi tak ada respon. Arwah jatuh di samping saya dan anak-anak sebab kami nak solat Maghrib berjemaah.

Disebabkan itu, jenazah perlu dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan forensik nyatakan terdapat saluran darah ke jantung tersumbat, ada tiga darah beku.

Lebih sedih lagi ketika dia teringat suaminya sempat mengajar untuk guna pelbagai aplikasi dan mengajaknya untuk keluar dating tanpa anak.

Luang masa makan kat luar bersama dan belikan apa sahaja keperluan yang saya mahu… Dia ajar saya guna aplikasi Setel, JPJ utntuk perbaharui lesen, Touch n Go.

Dia isikan sehingga RM2,000 dalam setiap aplikasi untuk saya guna tapi waktu tu saya masih tak faham kenapa dia sibuk ajar semua perkara. Apabila dia dah tak ada barulah saya terfikir.

Sementara itu, dia turut mengakui gerak geri suaminya pelik namun tidak merasakan perbezaan dalam layanan dan menyakinkan Azlin dia akan sentiasa menjaganya selepas kematian bapanya.

Betul kan orang kata kita kena ambil berat walaupun perkara itu kecil. Mungkin perkara tu akan jadi permintaan terakhir kan? Apapun, jangan lupa untuk hargai orang tersayang yang masih ada di samping kita.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas